Perkahwinan menurut Islam
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Jenis-jenis perkahwinan
Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Kedudukan perkahwinan dalam Islam
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil pensyariatan
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
Surah An-Nuur: ayat 32
Surah An-Nahl: ayat 72
Surah Yaasin: ayat 36
Surah Ar-Rum: ayat 21
Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
Surah Luqman: ayat 10
Surah Qaf: ayat 7
Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami
beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
bertanggungjawab terhadap semua benda
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
beriman & solehah
rupa paras yang cantik dan elok
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
menentukan mas kahwin yang rendah
wanita yang subur
masih dara
berasal dari keturunan yang baik
bukan keturunan terdekat
Sebab haram nikah
Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
Ibu
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
Anak perempuan & keturunannya
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
Ibu susuan
Nenek dari sebelah ibu susuan
Adik-beradik perempuan susuan
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
Ibu mentua dan ke atas
Ibu tiri
Nenek tiri
Menantu perempuan
Anak tiri perempuan dan keturunannya
Adik ipar perempuan dan keturunannya
Emak saudara kepada isteri
Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))
Nikah
Rukun nikah
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Dua orang saksi
Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami
Islam
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang
Syarat wali
Islam, bukan kafir dan murtad
Lelaki dan bukannya perempuan
Baligh
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak fasik
Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.
Jenis-jenis wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-syarat saksi
Sekurang-kurangya dua orang
Islam
Berakal
Baligh
Lelaki
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Boleh mendengar, melihat dan bercakap
Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Merdeka
Syarat ijab
Pernikahan nikah hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabul
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "Sah" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu,mas kahwan/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
Wakil Wali/
Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.
Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis mahar
Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Konsep yang diharamkan dalam
Konsep rahbaniyah
Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [4] Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [5]
Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [6].
Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.
Konsep ibahiyah
Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
keruntuhan akhlak
wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.
Sunday, October 18, 2009
Sosiologi Pendidikan Islam Peranan Keluarga Dalam Pendidikan
Pengenalan
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang wujud hasil dari perhubungan biologi antara lelaki dengan perempuan yang disahkan oleh masyarakat. Keluarga merupakan institusi sosial yang paling asas yang terdiri daripada ibu dan bapa.
keluarga mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan pembentukan sikap anak-anak apabila anak-anak dibentuk dengan asas didikan yang baik ia akan membesar dgn nilai-nilai yang positif dalam diri. Namun sekiranya mereka dibiarkan tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna ia akan membentuk sikap negatif dalam diri mereka.
Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih ibu bapalah yang akan mencorakkanya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya.
Definisi keluarga
Menurut Kamus Dewan (2005), keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan kaum kerabat. Ia juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat.
Dengan kata lain, sebuah keluarga adalah terdiri daripada suami/bapa, isteri/ibu dan anak-anak/adik beradik yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan (musoharah) atau angkat.
Keluarga Menurut Perspektif Islam
Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah dari segi syarak seperti firman Allah yang bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari keluarga kamu dan orang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan, jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dan limpah kurnianya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Nur: 32)
Menurut Abd. Rahman Al-Nahlawi (1995), yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan aktiviti kepada pembentukan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam. Menurut beliau tujuan terpenting pembentukan keluarga adalah seperti berikut:
1. Mendirikan syariat Allah.
Rumahtangga yang dibina hendaklah mengamalkan budaya hidup Islam dan jika timbul sebarang permasalahan hendaklah ditangani dengan cara yang dianjurkan oleh Islam dalam semua aspek yang berkaitan dengan rumahtangga. Dengan kata lain tujuan berkeluarga adalah mendirikan rumahtangga yang bercirikan kepada perhambaan kepada Allah.
2. Mewujudkan ketenangan jiwa
Maksud firman Allah di dalam Al-Quran :
Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan isteri bagi kamu dari diri kamu sendiri dan agar kamu merasa senang kepadanya.
(surah al-Rum : 21)
Jika suami dan isteri bersatu di atas landasan kasih sayang dan ketenteraman, jiwa yang interaktif akan membentuk suasana gembira dalam keluarga. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak dan dapat menjauhkan anak-anak dari penyakit batin.
3. Memenuhi keperluan kasih sayang anak-anak.
Naluri menyayangi anak merupakan suatu potensi atau anugerah yang diciptakan oleh Allah semasa penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam. Keluarga terutama ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
Pertentangan Antara Keluarga Islam Dan Barat
Pasangan yang bersekedudukan tanpa berkahwin walaupun mempunyai anak tidak boleh dianggap sebagai keluarga menurut pandangan Islam ini kerana pembentukan keluarga mestilah diasaskan kepada hubungan perkahwinan yang diakui sah oleh agama, masyarakat atau budaya tempat seseorang itu tinggal. Walau bagaimanapun orang Barat menerima keluarga jenis ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sah dari segi moral masyarakat.
Dasar keluarga Negara
“Negara Malaysia yang telah dibina sejak sekian lama adalah Negara yang dibina berteraskan kerukunan dan kekukuhan institusi keluarga. Kerukunan dan keteguhan institusi keluarga di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini sentiasa dipupuk kerana kerajaan negara ini percaya keharmonian dan kekuatan akan terhasil bilamana institusi keluarga di negara ini kukuh dan sejahtera......”
Berdasarkan kepada petikan Dasar Keluarga Negara di atas menunjukkan bahawa negara kita Malaysia juga melihat institusi keluarga sebagai salah satu institusi utama yang menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara. Ini kerana dari sebuah keluargalah lahirnya individu yang akan berkhidmat kepada negara, Jika individu tersebut berkhidmat dengan amanah maka negara akan mencapai kemajuan dan keharmonian dan jika sebaliknya negara akan menjadi porak peranda.
Justeru itu pelbagai usaha yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan dalam usaha membantu ibu bapa memupuk dan melahirkan individu yang berhemah dan berketrampilan. Antara usaha kerajaan yang dapat kita lihat sekarang ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bermatlamatkan semangat cintakan negara diharapkan dapat melahirkan individu yang berketrampilan yang terhindar dari sebarang tingkah laku sosial yang tidak baik.
Jenis keluarga:
1. keluarga Asas:
keluarga asas juga sebut sebagai keluarga nuklear, primer dan conjugal. Keluarga asas adalah keluarga yang terdiri daripada seorang suami bersama seorang isteri dan anak sendiri/angkat. Keluarga jenis ini adalah jenis keluarga yang paling ramai terdapat di Negara kita. Berikut adalah gambarajah yang menerangkan tentang keluarga asas.
2. Keluarga Orientasi dan prokreasi
- Keluarga yang berkahwin dan beranak sebenarnya menganggotai dua jenis keluarga asas pada satu masa. Keterangan lanjut sebagaimana berikut:
KeluargaOrientasi
Keluarga prokreasi
3. Keluarga induk-tunggal
Merupakan variasi keluarga asas (single-parent family). Dalam keluarga asas sebegini hanya terdapat sama ada ibu atau bapa dengan anak atau anak-anaknya. Dalam kes suami isteri bercerai mereka masih lagi menjalinkan hubungan antara isteri/suami dengan anaknya.
4. Keluarga gabungan
Keluarga gabungan terbahagi kepada tiga jenis berikut:
i) Keluarga gabungan
ii) Keluarga gabungan Flaternal
iii) Keluarga Gabungan Sororal
5. Keluarga luas/besar
Peranan keluarga Islam
1. Peranan keluarga dalam pembinaan fikrah agama
Sebagaimana yang diketahui bahawa dalam rumahtangga hubungan lelaki dan wanita adalah melalui hubungan atau perkahwinan yang sah menurut ajaran Islam. Dalam rumahtanggalah sepasang suami isteri memadu kasih secara suci yang diredai Allah. Kebahagiaan hakiki dan sejati didapati dalam kehidupan bersama yang diikat oleh pegangan agama. Kehidupan kekeluargaan yang mengamalkan cara hidup Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya.
Dalam rumahtanggalah mula-mula diterapkan ajaran agama. Penerapan nilai-nilai agama berlaku bermula dari suami, isteri dan kemudian kepada anak-anak. Bapa sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas rumahtangga harus memahami dan mengamalkan ajaran agamanya, kerana suami adalah pemimpin kepada isterinya dalam semua aspek kehidupan.
Selain bapa, ibu juga merupakan pengemudi rumahtangga dan pendidik anak-anak. Oleh sebab itu ibu harus juga memahami ajaran agama Islam dan mengamalkannya. Kalau ibu bapa tidak mengetahui ajaran agama Islam dan tidak pula mengamalkannya maka ada harapan mereka tidak akan dapat membina fikrah agama dalam diri anak-anak mereka. Oleh sebab itu ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu sebelum menempuh alam rumahtangga.
Pembinaan fikrah agama anak-anak hendaklah dimulai semenjak anak dalam kandungan iaitu masa perkembangan anak sebelum lahir dan masih berada dalam kandungan seorang ibu. Masa ini bermula apabila berlakunya pertemuan antara sperma dengan ovum. Proses ini berkembang sampai anak itu lahir ke dunia yang memakan waktu lebih kurang 9 bulan.
Setelah seseorang mulai hamil, maka bapa haruslah menyuruh si ibu agar sering membaca Al-Quran, selalu ingat dan berdoa kepada Allah. Ibu yang sentiasa mengingati Allah akan membentuk jiwa yang tenteram dan suci. Jiwa ibu yang tenteram semasa dia hamil besar pengaruhnya kepada pembentukan fikrah bayi yang bakal lahir. Bayi akan hidup berbekalkan ideologi yang terbentuk dalam fikrahnya. Bekalan ini akan dibawa sehinggalah bayi ini menjadi dewasa.
Langkah pembinaan fikrah agama sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam adalah sebagaimana berikut;
1. Anak yang baru lahir kalau ia lelaki hendaklah diazankan di telinga kanannya dan kalau ia perempuan diiqamatkan di telinga kiri.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Dari Husain Bin Ali telah berkata Rasulullah s.a.w: barangsiapa yang lahir anaknya maka azan ia pada telinga kanan anak itu dan iqamat ia ditelinga kiri anak itu, anak itu tidak dimudaratkan oleh Ummu Sibyan (Sejenis Jin yang membawa penyakit).
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
2. Mendoakan anak itu agar menjadi anak yang patuh dan taat kepada Allah
3. mendoakan kepada Allah agar terhindar dari segala gangguan dan godaan syaitan.
4. melakukan akikah setelah anak berumur tujuh tahun.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Setiap anak yang baru lahir menjadi gadaian sampai di sembelihkan baginya akikah pada hari yang ketujuh dan di hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya dan diberi nama.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud)
5. mengkhatankannya untuk memastikan kebersihannya sentiasa terjaga.
6. menyuruh anak-anak mengerjakan solat kalau sudah berumur tujuh tahun dan memukulnya kalau ia tidak mahu solat bila sudah berumur 10 tahun.
Sabda Nabi yang bermaksud:
Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat sewaktu mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka bila mereka tidak mengerjakannya sewaktu mereka berumur 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur antara mereka.
(Hadis Riwayatkan Oleh Abu Daud )
7. Setelah timbul rasa pekanya, ibubapa hendaklah menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengasah kecerdasan otak dan mengisi hatinya dengan keimanan agar anak tersebut menjadi hamba Allah yang patuh.
8. Disamping perintah bagi anak-anak dalam mengamalkan ajaran Islam, ibu bapa sendiri juga hendaklah mengamalkan ajaran Islam dalam rumahtangga.
2. Peranan keluarga dalam pendidikan emosi anak-anak
Pendidikan emosi yang diterapkan oleh ibu bapa akan dapat menolong anak-anak untuk:
1. Membentuk kematangan emosi
2. Membentuk pertumbuhan emosi yang sihat
3. Membentuk rasa cinta kepada orang lain
4. Mengasihi orang lemah dan menderita seperti fakir miskin.
5. Membuat penyesuaian diri dengan orang lain di sekelilingnya.
Contoh-contoh emosi ialah kasih sayang, rasa tenteram, harapan, keimanan dan membezakan antara yang hak dengan yang batil, keadilan, persamaan dan lain-lain. Ajaran Islam telah memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk melahirkan semua contoh-contoh emosi yang dinyatakan ini. Sebagaimana Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Diriwayatkan dari Aishah r.a; telah datang orang kampung kepada Nabi s.a.w dan berkata: Adakah kamu mencium anak-anakmu? Kami tidak menciumnya. Maka Nabi s.a.w bersabda : tidaklah Allah mencabut dari hatimu rasa kasih sayan.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: beliau berkata: Rasulullah mencium Hassan Bin Ali sedang Al-Aqra’ bin Habis berada di sebelah baginda lalu berkata: aku mempunyai sepulu orang anak, belum pernah aku mencium seorang pun di antara mereka” Rasulullah memandang kepadanya lalu bersabda: barangsiapa tidak mengasihani dia tidak akan dikasihi”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Antara Langkah-langkah yang perlu diambil dalam pendidikan emosi terhadap anak-anak ialah:
1. ibubapa hendaklah mengetahui peringkat-peringkat perkembangan emosi anak-anak bermula dari dalam rahim lagi.
2. Ibubapa juga hendaklah berusaha memberikan pendidikan emosi yang bersesuaian dengan setiap peringkat perkembangan.
3. Mempersiapkan rumahtangga dengan segala macam perangsang intelektual. Sebagai contoh di alam kanak-kanak permainan dan gambar-gambar adalah cara yang sesuai untuk dijadikan alat bantu belajar.
3. Peranan keluarga dalam pendidikan Sosial
Pendidikan tidak lengkap jika pendidikan sosial kepada anak-anak diabaikan. Keluarga perlu mendidik anak-anak dengan didikan sosial yang sesuai dengan akhlak Islam dengan mengambil kira budaya tempatan sesuatu masyarakat. Keluarga tidak boleh melihat pendidikan sosial ini sebagai sesuatu yang remeh sehingga mengabaikan aspek ini dalam pendidikan anak-anak kerana kanak-kanak dalam tahap permulaan hidupnya belum mempunyai pengalaman sosial yang luas, ia masih belum mampu berdikari untuk mengalami sendiri suasana dan alam sekelilingnya.
Pendidikan sosial ini melibatkan bimbingan tingkah laku sosial, ekonomi dan politik dalam rangka akidah Islam yang betul berdasarkan ajaran-ajaran dan hukum hakam agama dengan harapan dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dengan keimanan dan ketakwaan itu akan lahir individu menghargai waktu, jujur, ikhlas dalam perbuatan, adil, kasih sayang, ihsan, mementingkan orang lain, tolong menolong, setiakawan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada pembentukan nilai sosial dalam diri anak-anak.
Rasulullah s.a.w menjelaskan pendidikan sosial dalam beberapa sabdanya yang bermaksud:
”cintailah anak-anak dan sayangilah mereka”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Tohawi)
”Bukan temasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi anak-anak dan tidak menghormati orang tua”
(Hadis Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Rasulullah bersabda kepada Aisyah r.a: ”Hendaklah engkau bersifat lemah lembut, sebab lemah lembut jika ia berada pada sesuatu ia menghiasinya, sedangkan jika meningalkan sesuatu ia merosakkannya”
(Hadis Riwayat Imam Al-Tarmizi)
”Bertakawalah kamu kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-anak kamu”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim )
Cara-cara untuk membentuk tingkah laku sosial anak-anak:
1. Memberi contoh yang baik kepada anak-anaknya dalam tingkah laku sosial yang sihat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan nilai agama.
2. Menjadikan rumah itu sebagai medan untuk mendidik tingkah laku sosial anak-anak melalui hubungan-hubungan sosial yang dipraktikkan antara ahli keluarga. Hubungan sosial ini penting apabila anak-anak mulai menjalin hubungan persahabatan dengan rakan-rakan mereka.
3. Menggalakkan mereka mendapatkan kerja yang dapat menolong mereka berdikari dari segi ekonomi.
4. Membiasakan mereka hidup sederhana supaya lebih bersedia menghadapi kesulitan sebelum terjadi.
5. Bersifat adil antara mereka.
6. Membiasakan mereka dengan akhlak-akhlak Islam dalam tatacara makan, minum, duduk, tidur, memberi salam, berziarah, masuk rumah yang telah didiami orang dan lain-lain lagi tingkah laku dalam hidup.
7. Membiasakan anak-anaknya berdikari dan memikul tanggungjawab secara beransur-ansur serta membimbing mereka dengan cara lembut jika mereka bersalah.
8. Menjauhkan mereka dari sifat manja dan berfoya-foya dan jangan menghina dan merendahkan mereka dengan kasar sebab sifat memanjakan dan kekasaran itu merosak keperibadian anak-anak.
9. Melayan anak-anak dengan lemah lembut.
10. Menghormati anak-anak di depan kawan-kawan mereka.
4. Peranan Keluarga dalam pendidikan jasmani dan kesihatan anak-anak
Keluarga mempunyai peranan penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani anak serta membentuk kesihatan jasmani yang baik.
Peranan keluarga dalam menjaga kesihatan jasmani anak-anak boleh dilakukan oleh ibubapa ketika anak-anak masih dalam kandungan lagi dengan cara pemeliharaan terhadap kesihatan dan pemakanan ibu yang baik serta halal selama mengandung. Pemakanan ibu boleh mempengaruhi pertumbuhan jasmani anak-anak apabila lahir kelak. Setelah bayi lahir, maka tanggungjawab keluarga terhadap kesihatan anak dan ibunya meningkat berlipat kali ganda.
Ibubapa yang menjaga kesihatan jasmani anak-anak bermakna mereka telah menunaikan salah satu dari kewajipan yang diwajibkan oleh agama Islam kepada mereka. A-Quran dan hadis ada menjelaskan tentang cara-cara menjalankan pendidikan jasmani anak-anak adalah seperti berikut:
Firman Allah yang bermaksud:
Hendaklah kamu besarkan Tuhanmu dan bersihkan pakaianmu.
(Surah Al-Muddasir : 3-4)
Firman Allah yang bermaksud:
Makan dan minumlah dan jangan kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan
(Surah Al-A’raf : 31)
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
” cukuplah dosa manusia bahawa ia mensia-siakan orang yang harus diberikanya makan”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam membentuk kekuatan jasmani anak-anak adalah seperti berikut:
1. Menyusukan bayi dengan susu ibu jika kesihatan ibu mengizinkan. Sebab pada susu ibu terkandung unsur kesihatan jasmani dan kejiwaan yang tidak diperolehi pada susu binatang.
2. Menyediakan makanan yang halal dan baik serta penuh gizi dan protein.
3. Memberikan suntikan-suntikan kesihatan.
4. Menjaga kebersihan badan dan kesihatannnya dari udara panas dan dingin serta serangan nyamuk dan binatang kecil yang lain.
5. Selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan bila terdapat sebarang perubahan pada kesihatan bayi.
6. Memberikan peluang untuk bergerak badan, bermain berehat serta tidur yang cukup.
7. Menyediakan tempat tinggal yang dapat memenuhi syarat-syarat kesihatan.
8. Mengajarkan teori-teori tentang kesihatan
Isu-isu berkaitan dengan keluarga yang tidak berfungsi
Pengaruh media massa
Media massa merupakan alat yang paling berperngaruh dalam pembentukan peribadi anak-anak. Dewasa ini berbagai-bagai anasir buruk yang dipaparkan di kaca televisyen, majalah dan internet yang paling membimbangkan ialah anasir yang boleh menggugat akidah anak-anak remaja sekarang. Paparan budaya barat yang tidak bersesuaian dikhuatiri akan menjadi ikutan anak-anak orang Islam. Untuk itu ibu bapa hendaklah mengawasi anak-anak agar menggunakan media massa dengan sebaik mungkin agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Kesibukan
Kehidupan di zaman moden ini menuntut ibubapa keluar mencari rezeki untuk memenuhi keperluan material keluarga. Justeru dalam mengejar material ini ibubapa terlupa ada satu lagi tanggungjawab yang perlu dipenuhi yang sama pentingnya dengan keperluan material iaitu tanggungjawab mendidik anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlu pandai menyeimbangkan tumpuan antara mengejar material dengan pendidikan anak-anak.
Pengaruh Rakan
Terdapat banyak kajian yang telah dibuat oleh para ahli sosiologi, mereka mendapati bahawa rakan adalah merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sikap anak-anak. Rakan merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak apabila mecapai umur dewasa. Oleh itu ibubapa hendaklah mengenalpasti rakan kepada anak-anak mereka denagn mengenal latarbelakang keluarga rakan tersebut. Ini merupakan tanggungjawab ibubapa bagi memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang solehah. Dengan mengenali latarbelakang rakan kepada anak-anak, ibubapa dapat mengenalpasti peribadi dan sikap rakan anak-anak mereka.
Dadah
Dadah merupakan musuh utama negara yang perlu dijauhi. Sehingga kini tidak ada sebarang penawar yang betul-betul boleh menyembuhkan seseorang dari ketagihan dadah. Pengawasan daripada ibubapa dalam menangani najis dadah ini dapat menghindarkan anak-anak dari terjebak. Fatkor kesibukan dan rakan merupakan faktor yang paling utama yang mampu mempengaruhi anak-anak kepada penagihan dadah.
Perceraian
Perceraian merupakan salah satu faktor yang memungkinkan terjadinya keluarga yang tidak berfungsi. Sekali pun anak-anak dididik dengan didikan yang sempurna, jika berlaku perceraian besar kemungkinan boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Walau bagaimanapun perceraian bukan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pembentukan peribadi anak-anak. Apa yang penting ibubapa perlu memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar dapat menjadi benteng dari sebarang perkara-perkara negatif.
Berikut dipaparkan satu graf yang berdasarkan satu Kajian Di sekolah-sekolah Di Langkawi yang dibuat oleh Khairani Bt Zakaria (2004) menunjukkan bahawa faktor perceraian bukanlah faktor utama yang boleh membawa kesan negatif dalam diri pelajar.
Menurut Hatta Shaharom (1989), beliau telah membahagikan kesan perceraian kepada dua aspek utama iaitu aspek kehidupan dan aspek psikologi sebagaimana berikut:
Dalam Aspek Kehidupan:
Hidup terumbang-ambing dan terbiar
Berlaku perubahan sikap yang tidak terkawal
Gangguan perlakuan dan Kenakalan juvana
Kekeliruan mencari “role model”
Mudah terpengaruh
Terdedah untuk melakukan jenayah
Keras hati dan suka lepak
Dalam Aspek psikologi:
Tekanan Jiwa
Perkembangan psikologi yang tidak sihat
Gangguan emosi
Implikasi Perceraian Terhadap Pendidikan
Masalah disiplin sekolah
Agresif di sekolah
Hilang tumpuan
Tergendala cita-cita
Kesimpulan:
Sebagai kesimpulan, berikut dipaparkan dua perangkaan iaitu perangkaan jenayah dan perangkaan cerai dalam bentuk graf:
Oleh yang demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penekanan Islam kepada pembinaan keluarga yang utuh mampu membentuk sebuah masyarakat yang maju dan berakhlak. Ini kerana keluarga merupakan agen sosialisi yang penting yang dapat mempengaruhi perubahan sosial dalam masyarakat. Oleh sebab itulah Islam amat menitikberatkan persoalan pembinaan keluarga agar tidak timbul perkara-perkara negatif dalam masyarakat. Penetapan syarat-syarat dan rukun-rukun perkahwinan yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadis jika diinterpretasikan dengan cara yang baik dalam amalan kehidupan akan dapat melahirkan umat yang kuat dan maju.

KONSEP PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERSPEKTIF ISLAM

1.0 MUQADDIMAH
Anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :
Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28).
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.
2.0 PENDORONG TABIAT MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia seperti berikut:
1. Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.
2. Teori Analisis Transaksi. Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.
3. Teori Behaviorisma. Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.
4. Teori Pemusatan Klien. Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.
5. Dari perspektif Islam. Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:
a) Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.
b) Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan ingin keluar untuk memulakan kehidupan positif.
c) Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
d) Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus meningkatkan keimanan & ketaqwaan dalam dirinya.
Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.
Pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusia adalah sebahagian dari pandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dari aspek luaran sahaja dengan merujuk kepada faktor persekitaran, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani tanpa dibimbing oleh al-Quran serta kajian itu dibuat berdasarkan kehidupan masyarakat di barat.
3.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL ANAK-ANAK
Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk dan perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.
Jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilai dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut. Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia.
Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
4.0 TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK MENURUT ISLAM
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT. Falsafah pendidikan Islam sememangnya menekankan aspek rohani dan jasmani sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yang terdiri daripada roh dan jasad. Ia membabitkan beberapa peringkat bermula dari dalam kandungan sehingga lahir dan menjadi dewasa.
Sekiranya setiap suami isteri menghayati dan mempraktikkan nilai keislaman dalam kehidupan keluarganya, mudahlah mereka mendidik anak dengan benih ajaran Islam. Sebaliknya, jika pasangan itu gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumah tangga, amat sukar bagi mereka untuk mentarbiah anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Satu hal yang amat penting dan wajar diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Memang benar ibu bapa ada memberi didikan agama pada anak-anak mereka tetapi adakah didikan itu mencukupi dan diberi secara menyeluruh?
Hari ini, rangkaian televisyen, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan. Adakah ini punca terjadi peningkatan perbuatan negatif oleh generasi muda kita? Siapakah yang bersalah? Orang tua, guru atau pelajar itu sendiri? Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri.
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, seharusnya kita merenung dan mendalami punca kerosakan dan kaedah penyelesaian melalui sistem pendidikan anak yang diajarkan dalam Islam.
5.0 PUNCA KENAKALAN ANAK
1. Faktor keluarga
Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;
a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga.
d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.
2. Faktor Peribadi Yang Kotor
Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional (nafsu kehaiwanan), hasil daripada pengalaman yang diterima sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.
3. Faktor sekolah
Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Akhir-akhir ini ini dunia pendidikan kita pula tercabar melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik. Dahulu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya, guru yang semestinya dicontohi kini diburu. Daripada hati kecil kita timbul persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan pelajar kita hari ini?
Mengikut kajian, faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:
a. Disiplin sekolah yang longgar.
b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.
c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Faktor Persekitaran
Dalam Islam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik dari segi keadaan fizikal tapi juga baik dari segi mental dan kehidupan beragama.
5.0 TARBIAH (PENDIDIKAN) ANAK BERMULA DALAM KANDUNGAN
Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya:"Didiklah anak kamu 100 tahun sebelum dia dilahirkan." Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna falsafah yang dalam sebab ungkapan 'seratus tahun sebelum lahir' ini bermakna jauh sebelum anak itu dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini. Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat serta perilaku anak-anak yang akan dilahirkan. Ini bermakna pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w. di atas sebenarnya sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak dalam hadis Rasul itu adalah dengan cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.
Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka. Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya akan mewariskan harta kepada anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.
Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam salah satu syair: "Kaifama takun yakun abna'aka" yang bermakna “bagaimana kamu hari ini, begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan”.
Berdasarkan hal di atas, maka wajarlah Rasulullah s.a.w. mengingatkan setiap orang yang akan bernikah supaya jangan salah memilih pasangan. Dan Rasulullah memberikan empat alternatif bagi setiap muslim dalam memilih jodoh berdasarkan sabdanya;
"Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia lebih menguntungkan kamu (lebih utama)."(HR Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Sebelum kelahiran anak itu lagi, ibu bapa perlu menyediakan tempat sesuai untuk mengasuh dan membesarkan anak sebaik-baiknya. Ia memberi makna bahawa dunia pertama bagi seorang kanak-kanak adalah rumah ibu bapanya sendiri. Bagi memastikan kesempurnaan dalam pendidikan anak, ibu bapa perlu membentuk suasana yang harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan berumahtangga. Ia boleh dilakukan sejak di awal perkahwinan lagi.
Secara umumnya, proses pendidikan bermula ketika bayi berada dalam kandungan ibunya. Tarbiah pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian iaitu:-
i. Bagi ibu yang sedang mengandung amat digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At-Taubah. Ini kerana, surah itu mengandungi pelbagai kelebihan dan maksud tersirat mempunyai makna yang besar dalam pentarbiahan anak.
ii. Ibu turut disarankan sentiasa memperbanyakkan doa kepada Allah anak bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, berakhlak mulia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Ini penting untuk memastikan keluarga dibentuk sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya; “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang maksudnya;“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101]
Banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika bekehendakkan anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan.
iii. Ibu bapa juga mesti memastikan rezeki yang mereka peroleh datang daripada sumber yang halal dan bersih. Ini amat mustahak kepada pembentukan dan pertumbuhan anak yang bakal dilahirkan supaya ianya datang dari darah daging yang halal lagi berkat. Ia juga memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak apabila besar kelak.
iv. Ibu hamil juga perlu memakan makanan berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri perlu diutamakan demi menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam kepada ibu berada dalam keadaan sedemikian yang sudah tentunya menghadapi pelbagai kesukaran dan kepayahan. Ini terbukti dengan kelonggaran yang diberikan Islam untuk ibu mengandung untuk berbuka puasa (pada Ramadan) sekiranya berasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
v. Ketika tempoh masa mengandung juga, ibu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan berlaku ke atas dirinya. Pada waktu sebegini juga sememangnya keadaan ibu agak berbeza daripada waktu biasa. Antaranya mungkin kehilangan selera makan dan mudah sensitif. Pada ketika ini suami hendaklah memahami keadaan isteri dengan sentiasa berada di sisi dan memberi dorongan kuat kepadanya.
6.0 PENDIDIKAN SELEPAS KELAHIRAN
6.1 AMALAN-AMALAN SUNAT
Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:
i. AZAN DAN IQAMAT
Selepas anak selamat dilahirkan, ia hendaklah segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan” (HR Abu Ya’la). Dalam satu riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah mengazankan Hasan bin Ali di telinganya ketika dia baru dilahirkan oleh Fatimah”. (HR Bukhari dan Muslim)
Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar sebagai khalifah di bumi ini.
ii. MEMBELAH MULUT (TAHNIK)
Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
iii. PENYUSUAN
Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
iv. MEMBERI NAMA
Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” [Hadis Riwayat al-Baihaqi]
v. BERCUKUR
Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.
vi. AQIQAH
Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur rambutnya dan diberi nama.”[Hadis Riwayat Ahmad]
vii. BERKHATAN
Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” [Hadis Riwayat At- Tabrani]
6.2 PERINGKAT PENDIDIKAN KANAK-KANAK MENURUT RASULULLAH SAW
Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan, iaitu:
1. UMUR 1-7 TAHUN.
Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.
2. UMUR 7-14 TAHUN.
Kanak-kanak lazimnya akan belajar/mengikut berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu bapanya. Pada masa ini Rasulullah memerintahkan kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan memerintahkan mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah 10 tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat. Rasulullah SAW telah bersabda;
“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukullah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka”. (HR Ahmad & Ab Daud)
Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, pada umur 7-14 tahun ini adalah masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak ialah seperti mengukir sesuatu pada batu”.
Oleh itu ibu bapa hendaklah:-
a) Menanamkan asas-asas keimanan
b) Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
c) Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
d) Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
e) Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
f) Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
g) Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
h) Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
i) Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
j) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
k) Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
l) Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
3. UMUR 14-21 TAHUN.
Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada cara rasional. Orang tua perlu mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa sehingga perlu mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Ibu bapa pada masa kini dilihat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka dengan alasan sibuk dengan tugasan di pejabat. Sebagai ibu bapa, mereka perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini, anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya
4. UMUR LEBIH 21 TAHUN.
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita selaku Muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajarkan oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali. Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sampai berumur 14 tahun dan baru mula mengajar/menyuruhnya solat pada umur 15 tahun sehingga mereka bukan saja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Pada hal hakikat solat mampu mencegah seseorang. untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tuanya dari segi hak-hak tertentu. Natijah dari sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan di luar rumah.
6.3 KURIKULUM INTEGRATIF UNTUK KANAK-KANAK
Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan.
Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka.
Kadang-kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu. Inilah konsep utama yang perlu difahami.
Masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Mengapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya? Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial yang memalukan? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan kita memerlukan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara penyelesaiannya?
Justeru itu, amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh imannya.
Tiga Aspek kurikulum yang integratif
1. Integratif dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan kepada kanak-kanak.
Ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’ dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Sebaliknya, jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak, kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. “Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan Rasul s.a.w. kepada umatnya.
2. Integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang digarap di peringkat awal.
Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Andai ia digarap dari segi intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan datang.
3. Integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam dalam mendidik anak-anak.
Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur.
Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:
i. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah
ii. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak
iii. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
iv. Rangsangan neurologi & deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.
v. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang mereka mahu dan mampu lakukan.
vi. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran fizikal kanak-kanak.
vii. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat
viii. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan bersih.
ix. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata
6.4 MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM DIRI ANAK
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah.
Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Kita sebagai ibubapa perlu bersabar dan tanpa jemu berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti berikut:-
i. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-duanya.
ii. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.
iii. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang didengarnya.
iv. Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya tidak meninggi diri dan jangan menyakiti atau mengambil hak orang lain.
v. Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
vi. Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
vii. Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum/selepas bangun tidur.
viii. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan sebagainya.
7.0 SUMBANGAN PARA ILMUAN ISLAM
Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat & tidak releven dengan Islam. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.
Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelumnya. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Ibnu Sina misalnya telah membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.
Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Sebenarnya, banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”.
Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourisme, Social Learning Theory dan sebagainya yang menekankan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu terperinci persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian. Beliau begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ayyuhaal-walad”.
Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru. Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah.
Sungguh benarlah firman Allah;“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya...”
8.0 KESIMPULAN
Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (١لطفل) yang berasal dari perkataan tafula (طفل) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian. Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya” agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.
Imam Al-Ghazali pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut.
Apatah lagi bila yang di hadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari contoh yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.
Ini juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendikiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya:
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
9.0 PENUTUP
Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka ke arah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar.
Ibu bapa tidak boleh menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka. Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (HR al-Bukhari)
Wallahua’lam
Rujukan
________________________________________
1. KENAKALAN REMAJA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT, NOORZIHAN MOHAMED YIN, 26 JUNE 2004
2. HAZIZAH BINTI YUSOFF (BERITA MINGGU 12 FEB 2006)
3. IBU SEJATI-KELAHIRAN, PENJAGAAN & PENDIDIKAN ANAK CEMERLANG, ZANARIAH YAHYA, DARUL NU’MAN, 1998
4. AMALAN KETIKA MENGANDUNG & SETELAH BERSALIN, ABU AFIQAH, DARUL NU’MAN, 1994
5. ERTI ANAK BAGI SEORANG MUSLIM, SYAHMINAN ZAINI
6. KEPERIBADIAN MUSLIMAH, ABU BAKAR JABIR AL JAZA’IRI
7. SUAMI TELADAN, MOHD ISA SELAMAT
8. ASAS DIDIKAN AGAMA TIDAK CUKUP, USTAZ SYUKRI, MAJALAH WANITA, JANUARI 2004

Saturday, October 17, 2009
pengemis cinta sejati...
karya sahabat ku (QUE)
Ya ALLAH…
Bagaimana harus aku lakukan pada hatiku ini..
Aku cinta akan dia..Adakah dia cinta akan aku?
Setakat yang aku tahu..Dia punya perasaan seperti aku..
Tapi mengapa dia seolah-olah tidak mempunyai perasaan terhadapku..
Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan???Mengapa dia memperlakukan aku sebegitu???
Jawapannya tiada padaku..
Aku sama sekali tak dapat menerima dia berbuat demikian..
Mengapa dia buat begitu padaku?????Tahukah dia????
Hatiku sakit bila dia buat begitu padaku..
Sedangkan masih ada banyak perkara lagi yang harusku fikir..
Ya ALLAH…
Tidak tertanggung olehku rasa sakit ini…
Sakit sungguh rasanya..
Tidak terkata oleh hati, akal dan mulut..
Tidak terluah bagaimana sakitnya hatiku ini..
Yang terluah hanyalah airmata..
Mengapa aku menangis?
Aku menangis kerana apa?
Tidak pernah aku menangis begitu sahaja tanpa sebab…
Tapi airmata ini mengalir untuk siapa?Adakah untuk diriku?
Adakah untuk dia?Tapi untuk apa aku menangis untuk dia?
Tahukah dia menghargai airmataku ini?Tidak mungkin aku menangis untuk dia..
Aku menangis adalah untuk diriku..
Ya....aku yakin aku menangis kerana diriku..
Apa yang perlu aku buat untuk hilangkannya..
Aku tidak dapat menghakis, menghilang dan menghapuskan rasa cinta ini..
Bagaimana harusku lakukan..
Sedang hati ini rasa benci pada dia..
masih ada lagi terselit rasa kasih pada dia..
tapi adakah dia juga mengharapkan aku????
Andai dia mengharapkan aku..
Mengapa dia buat aku rasa sakit…
Dia tahu tidak aku sakit kerana dia???
Dia sudah tidak punya perasaan padaku?
Aku dapat merasakan perasaan dia punya perasaan sepertiku..
Hakikatnya aku amat sangat mengharapkan dia…
Aku amat sangat mengharapkan dia memahami aku..
Aku amat sangat mengharapkan dia menyayangi aku..
Aku amat sangat mengharapkan dia juga punyai perasaan sepertiku..
Aku amat sangat mengharapkan dia akan membalasnya..
Aku amat sangat mengharapkan dia dan aku bersama melayari bahtera hidup ini..
Di mana aku adalah nakhoda kapal dan dia adalah pembantuku..
Aku teringin sekali untuk hidup bersama dengannya..
Tapi adakah peluang itu masih ada..
Bukankan dia sudah ada orang lain..
Aku juga tahu tentang itu..
Aku hanya mampu mendoakan kau berbahagia...amin.

Friday, October 16, 2009
Puasa 2012
Hah! Looking forward nak jumpa Ramadhan 2012 (kalau masih hidup lagilah!)
Hanya Allah sajalah yg Maha Mengetahui hal yg sebenarnya, kita hanya mampu menduga2..
Kalau takdirnya kita sempat jumpa Imam Mahdi dan Nabi Isa, alhamdulillah! Bestnya tak terkata... tinggal lagi, kalau dapat jumpa nabi Isa, maknanya ada possibilty dapat jumpa Dajjal jugakla... Hmmm... mohon Allah pelihara kita agar terselamat dari fitnah Dajjal... Rajin2la baca (dan ajak anak2 baca) suurah al Kahfi dan fahamkan sungguh2 maksud at least the first and the last 10 verses of surah tu.
Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan
Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..
Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
5.. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja...jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.. Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..
6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.. berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah...jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..
9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama...contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu...selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..
Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa…..
Renung-renungkanlah ...

Subscribe to:
Posts (Atom)