Wednesday, April 14, 2010

Salam 1 Malaysia dipolitik atau dikomersialkan?

Petikan assakynah.blogspot.com

اللّهُـمَّ أَنْـتَ السَّلامُ ، وَمِـنْكَ السَّلام ، تَبارَكْتَ يا ذا الجَـلالِ وَالإِكْـرام

Allahumma antas Salam,Wa minkas salam,tabarakta ya zaljala li wal ikram.(O Allah, You are As-Salam and from You is all peace, blessed are You, O Possessor of majesty and honour.’ AS-Salam: The One Who is free from all defects and deficiencies.)

Bacaan di atas itu adalah wirid yg biasa lepas solat dari hadis yg sohih. Kalimah " Assalamu 'alaikum" asalnya dari kalimah salam . As-salam adalah salah satu dari 99 nama Allah .

Ada pendapat mengatakan ucapan salam telah dipolitikkan.Siapa yg politikkan salam? Salam satu malaysia adalah ibarat moto bagi era pemerintahan PM yg baru DS Najib Tun RaZak.Sebelum ini kalimah 'salam 1 malaysia" tak pernah kedengaran. Niatnya baik, niat perpaduan. Kalimah "salam 1 malaysia sama dengan kalimah 'salam perpaduan'.Tak perlu cari hadis memang tak ada. Hukumnya harus kerana tidak ada nas yg mengharamkan. Cuma kita perlu beritahu generasi muda yg alpa hukum agama, ucapan salam 'assalamu'alaikum ' itu berpahala, salam 1 malaysia itu hanyalah gimik semata2. Gimik politik.

Apakah isu ini remeh. ? Bagi saya Tidak . "salam 1 Malaysia" malah mungkin akan jadi satu ucapan yg dipandang lebih mulia dan universal dari "assalamu'alaikum" kerana ia boleh diucap oleh seluruh rakyat sedangkan Assalamu'alaikum adalah ucapan sesama muslim. Apakah ini diskriminasi?.Hukum Allah menetapkan ucapan salam sesama muslim adalah berpahala. Salam mengerat pepaduan ummah dengan rahmat Allah. Ucapan salam diambil dari salah satu nama Allah (as-salam). Apakah pilihan kita, pahala atau sekadar omongan kosong tanpa makna.


Apakah matlamat salam 1 malaysia?Matlamatnya baik niatnya baik caranya baik.Boleh lah diberi 'logo halal'. Matlamat/niatnya untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat.
Caranya baik, diucap bila2 masa kepada sesiapa sahaja rakyat malaysia.Diucap dengan dengan senyum mesra. Boleh diucap tanpa was2.Jadi mengapa nak diberatkan kepala memikir hukum hakam? Begitu pendapat segelintir ummat. Mereka kata nak ucap ucaplah, tak mahu tak apa. Jangan dikata nista, jangan diumpat perdana menteri !

Pernah tengok iklan kempen basuh tgn sempena HlNI?Kalau tak pernah tengoklah TV!
Dalam kempen tu ditunjuk cara cuci tgn guna cecair pencuci khas dari satu jenama elok kempen tu, matlamat baik, niat baik cara pun baik/bagus.sekarang dimana2 farmasi ada jual cecair pencuci tangan.semakin laris bahan pencuci tangan.Untung syarikat pengeluarnya.Macam reqki 'durian runtuh'. Inilah reqki kalau kita pandai mengampil kesempatan atas kesempitan/kesusahan orang lain !!.

Suatu hari nanti mungkin org jijik jika melihat orang Islam makan pakai tangan dan jilat jari sebab mereka tak basuh tangan macam dalam TV. Umat Islam pula cuci najis mughallazah dgn tanah bukan dengan cecair pencuci telah diluluskan oleh kementerian malaysia dan atau badan dunia seperti WHO. Kini minda umat Islam dari kecil sudah diasuh melalui iklan supaya cuci tangan dgn sabun/cecir pencuci. Tanah itu dianggap najis/kotor.

Suatu ketika topeng H1N1 laris.Sepupu saya yg tinggal di Jeddah beristighfar panjang bila beliau cerita masa Ramadhan tahun ini, masjidil haram lengang.Orang Islam takut nak keluar ke masjid takut wabak H1N1.Tahap tawaqqal ummat susut beberapa persen. hanya kerana kempen besar2an walhal yg mati tak sampai 1 % dari penduduk dunia. Musim haji tahun 1990 ummat Islam yg mati perpuluh ribu akibat bersesak di Muassim bukan sebab H1NI. Kempen siapakah ini hingga umat Islam sanggup tinggallan pahala berjemaah di Masjid semata2 takut kena wabak (takut mati)?

Apakah kemudaratan kempen ucapan "salam 1 malaysia"?
Ada yg anggap mereka yg mempertikaikan atau memberi penerangan mengenainya sebagai bermain politik kotor?Kini kalimah "salam 1 malaysia" disohorkan melalui pembaca berita TV dan Deejay radio.Ia sudah jadi iklan secara tak langsung. "wajib' ucap "salam 1 malaysia", kalau tak sebut mungkin di'pecat'. Kalimat itu sudah jadi semacam skrip 'wajib' sekarang, assalamu'alikum sudah jadi kalimah pilihan bagi orang Islam(option).

Ibarat air yg menitik satu titis satu saat, lama2 batu pun akan mengecil akibatnya. Akibat popularnya salam satu malaysia, keberkataan dan kebaikan salam sesama muslim akan dianggap remeh atau mungkin dianggap kuno . Mungkin generasi ummat Muhammad akan datang akan merasa janggal mengucap salam sebaliknya merasa selesa dengan ucapan 'salam satu malaysia". Sebaris ucapan salam, Allah beri pahala. Allah janjikan ikatan ukhwah, kasih sayang yg dimeterai oleh ucapan salam yg ringkas. Salam adalah doa. Kalimah 'salam 1 malaysia pula' ibarat cek kosong,sedap disebut tiada nilai yg boleh dituntut. Selamat berfikir.

1 comment:

  1. Aku setuju. Memang tak salah guna 'salam 1 Malaysia' dalam ucapan. Namun adalah lebih baik jika kita memberi salam 'assalamualaikum' dahulu sebelum, 'salam 1 Malaysia' yang confirm akan dapat pahala dari salam buatan manusia.

    Penguunaan 'salam 1 Malaysia' yang aku nampak lebih menjurus nak mengeratkan kita antara semua kaum. Nampak lebih mesra & utuh. Cuma yang risaunya orang Muslim sekarang salah konsep dengan lebih mementingkan 'salam 1 Malaysia' berbanding ucapan salam yang berpahala. Sebab ramai 'Muslim' kini hanya lebih kepada mengikut seperti ikutan keturunan berbanding memahami tuntutan yang sepatutnya seperti isu penggunaan tudung. Muslim hanya pada nama & IC sahaja & bukannya perbuatan.

    ReplyDelete