Wednesday, July 29, 2009

The ESQ Way 165


The ESQ Leadership Training consists of :

1 Value – How to feel God consciousness. The modules are:
Inner Journey
Outer Journey
Zero Mind Process

6 Principles – How to internalise core values. The modules are:
Star Principle
Angel Principle
Leadership Principle
Learning Principle
Vision Principle
Well-Organised Principle

5 Actions – How to sustain the principles and core values. The modules are:
Mission Statement
Character Building
Self-Controlling
Strategic Collaboration
Total Action

Mengubati Kekosongan Jiwa
(salah satu kaedah)


HIDUP dalam pencarian. Manusia sentiasa mencari dan tidak puas dengan apa yang dimiliki. Ini kerana kekosongan jiwa yang dialami sehingga tidak bersyukur dengan apa yang berlaku atau kurniaan kemewahan serta kesenangan yang dimiliki.

Mereka sentiasa gelisah dan tidak pernah berfikir bahawa di sebalik berlakunya sesuatu, adakah hikmat atau dugaan serta penyebabnya, kenapa ia berlaku dan saling berkait satu kejadian dengan kejadian yang lain.

Kekosongan jiwa inilah yang turut dirasai oleh seorang ahli akademik Indonesia sejak zaman remajanya iaitu pengasas ESQ Training, Dr. Ary Ginanjar Agustian.

Beliau semenjak remaja lagi sentiasa berada dalam keresahan, fikiran berkecamuk dan mencari erti kehidupan sehinggalah beliau mempelajari kisah-kisah manusia agung dan sejarah peradaban terutamanya pencarian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammmad s.a.w.

Menyelami satu persatu dengan jawapannya sekali, Ary Ginanjar menerapkan penemuan beliau ke dalam kursus ESQ (Emotional Spiritual Quotient) yang diasaskannya bagi membantu orang lain memecah kebuntuan pencarian yang turut dialami mereka.

Justeru, Ary Ginanjar memperkenalkan kursus yang dinamakan The ESQ Way 165. Ia merupakan rumusan untuk menggabungkan tiga unsur iaitu roh, minda dan tubuh.

Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn. Bhd., Marhaini Yusoff berkata, latihan ini bakal membawa mereka yang mengalami kekosongan jiwa untuk memenuhkan roh mereka dengan Allah.

“Mereka akan diajak untuk mencintai Tuhan dan menghargai cinta Tuhan,’’ katanya di pejabatnya di Damansara Damai, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotion Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif.

“Kursus ESQ yang kami perkenalkan mengintegrasi ilmu sains, psikologi dan pengurusan, selain memberi pengalaman latihan yang luar biasa kepada fizikal, minda dan jiwa untuk mengeluarkan nilai-nilai positif dalam diri.

“Inilah faktor penyebab kursus kami berbeza daripada yang lain,’’ ujar graduan sarjana muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.

Tambahnya, yang juga alumni kursus ini tiga tahun lalu di Jakarta, Indonesia, angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, enam (prinsip moral berdasarkan Rukun Iman) dan lima (langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam).

Membentuk jiwa

“Kursus selama tiga hari mencakupi pelbagai bidang spiritual yang boleh membentuk jiwa seseorang supaya lebih mengenali diri sendiri dan Maha Penciptanya.

“Secara teorinya, manusia tahu mengenai khalifah, Rukun Iman, Rukun Islam dan kejadian yang berlaku atau di sebalik ibadah serta tanggungjawab sebagai seorang ibu, ayah dan pekerja.

“Namun, selepas menghadiri kursus, peserta akan merasai bahawa Allah itu sentiasa melihat sebarang pekerjaan dan yang dilakukan oleh umatnya sehingga kita tidak akan berani untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau rukun Allah.

“Sebagai contoh, apabila melihat langit, bulan, bintang, kita akan menghargai keagungan Allah.

“Begitu juga apabila bersolat lima kali sehari. Selama ini kita lakukan secara rutin, tanpa penghayatan dan tidak sedar sedang menghadap Kaabah (rumah Allah).

“Sekiranya jiwa kita tidak kosong, sepatutnya kita memahami kenapa perbuatan solat itu dilakukan, kenapa dan mengapa Kaabah itu dibina, apa di sebalik setiap bacaan al-Fatihah. Mengetahui hikmah solat boleh mengubah karakter seseorang,’’ ujarnya.

Tambahnya, dalam ESQ, model God Spot merupakan tahap pertama bagi membangunkan rasa ketuhanan iaitu kesedaran merasa, melihat dan dilihat Tuhan. Di sinilah kecerdasan spiritual terbentuk dan ia boleh dibangunkan menerusi dua langkah iaitu mengenal pasti suara hati yang bersumberkan daripada tiupan roh Ilahi yang menyebabkan manusia terus mencari dan merindukan sifat ketuhanan atau 99 Asmaul Husna.

Manakala langkah kedua ialah Zero Mind Process di mana sekiranya suara hati tidak muncul. Ini kerana, tertutupnya paradigma iaitu prasangka, prinsip hidup, pengalaman, kepentingan, sudut pandangan dan bandingan. Penutupan itu cuba dipecahkan.

“Setelah ditemukan suara hati pada kedudukan SQ, maka nilai-nilai itu dibentuk oleh enam prinsip EQ yang berteraskan Rukun Iman.

“Setelah mengenal suara hati, maka langkah ketiga ialah bagaimana untuk mengaplikasikan suara hati itu ke dalam tindakan. Ia perlu dilahirkan menjadi realiti berdasarkan Rukun Islam,’’ katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Marhaini, modul itu telah menjalani penambahbaikan selama 2,700 kali sejak diperkenalkan enam tahun lalu.

“Walaupun baru diperkenalkan di Malaysia pada akhir 2006, seramai 7,500 peserta sudah mengikutnya terdiri daripada eksekutif muda, profesional, golongan pembuat keputusan dan mahasiswa mengikuti kursus.

“Pada bulan depan, satu kursus untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun akan diadakan selama dua hari,” katanya.

Selain itu, sebanyak lima kursus akan diadakan di Kuala Lumpur sepanjang bulan depan untuk para eksekutif, remaja, kanak-kanak dan alumni. Bagi individu dan pihak korporat yang berminat untuk menyertainya, boleh menghubungi 03-61568898.

"Training ESQ adalah sebuah fenomena. Menggugah dan mampu mengubah kehidupan seseorang"

Itu salah satu kesimpulan peserta yang telah mengikuti training ESQ. Hal itu bisa terjadi karena ESQ memang berbeda dari pelatihan lainnya dan bukan sekedar pelatihan kepemimpinan atau manajemen biasa. Training ESQ merupakan pelopor pelatihan yang mengasah sisi spiritual dengan mendalam, bersamaan dengan sisi emosi dan intelektual seseorang. ESQ adalah suatu inovasi mutakhir yang bertujuan untuk membangkitkan dimensi spiritual manusia.

ESQ dengan seksama memandu seseorang dalam membangun prinsip hidup dan karakter berdasarkan ESQ Way165. Angka 165 merupakan simbol dari 1 Hati pada Yang Maha Pencipta, 6 Prinsip Moral, dan 5 Langkah sukses. ESQ hadir untuk siapa saja yang berkeinginan untuk membentuk karakter manusia paripurna. ESQ juga merupakan upaya untuk menjembatani rasionalitas dunia usaha dengan spirit ketuhanan. Melengkapi makna sukses dengan nilai-nilai spiritual yang mendalam, menuju esensi bahagia yang sesungguhnya.


No comments:

Post a Comment