Saturday, August 1, 2009
Engkau Mengetahui apa yang ku sembunyikan walaupun sekecil-kecil zarah
Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku, Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik"
tuhanku….
ku tadahkan tangan memohon ampunan
pada sejarah silam hambaMu nan lalu
di ulit mimpi ngeri kotor & noda
melayar bahtera penuh berliku & palsu
Di alam ku penuh kejahilan
tak siapa yang mampu memimpin
mendorongku ke arah mengenal tuhan
malah mencemuh & menghina,mencebik bibir
akan hinanya aku dipandang mata
Terasa hati kehilangan sinar
pelangi indah rupanya kelam
ku gagahkan jua mengubah haluan hidup
takut di humban di neraka jahanam
sebagai iktibar & pengajaran
agar ku kenal pencipta nan agung
--> Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah PENDENGKI. Yang paling tenang hidupnya, orang yang QANA'AH. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang MELAMPAUI BATAS..
ISLAM ADALAH JALAN HIDUPKU..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment