Wednesday, November 4, 2009

Renungan sejenak

Perlunya ilmu kerana keperluan utk takut kepada Allah swt.
Mencarinya adalah penyembahan kpd Allah swt
Mempelajarinya adalah kepujian
Bersusah kerananya adalah jihad
Mengajarnya pada org yg tidak tahu adalah sedekah
Memberinya pada yg layak adalah kelebihan
Ia kawan dalam perjalanan
Ia sahahat dalam kesunyian
Ia petunjuk dalam agama
Dan cahaya utk mereka dlm kegembiraan mahupun kesusahan
Ia kawan kepada hati yg asing dan menjadi jln utk ke syurga
Dengannya Allah swt memuliakan bangsa
Dengannya mereka menjadi ketua dan penunjuk kebaikan
Melihat mereka juga yg lain menjadi penunjuk dan manusia mengikut mereka.Malaikat mengesa mereka utk bekerja
Setiap yg kering dan segar memohon keampunan utk mereka,
termasuklah ikan di laut, ulat dan cacing di hutan, lembu dan kambing
hinggakan bintang di langit memohon keampunan utk mereka
Ia menghidupkan hati yg mati, Ia adalah cahaya kepada mata dalam
kegelapan dan memberi kekuatan kepada badan setelah membuang kelemahan
Dengannya manusia mencapai ketakwaan
Berfikir dengannya ibarat berpuasa, dan belajarnya adalah seperti solat
Dengan pertolonganya Allah diikuti & disembah
Dengan pertolonganya amaran diberi
Dengan pertolonganya keagungan Allah difahami
Ikatan darah dikekalkan dan benda yg haram diketahui



Berselawatlah kerna
ia mengamankan
hari ini juga hari depan

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Berselawatlah kerna
ia menyelamatkan
di hari insan ketakutan

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Berselawatlah kerna
ia merungkaikan kekusutan
meringan segala beban

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Berselawatlah kerna,ia bukti cinta
Berselawatlah nescaya tidak ada yang kecewa
Berselawatlah kerna dengannya pasti bahagia

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Berselawatlah
moga dengannya Baginda tidak lupakan kita
moga dengannya beroleh Syafa'at 'Uzma
moga dengannya akan damai di sana
moga dengannya kita ummat bahagia

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Wahai Rasulku, tolonglah jangan lupakan aku, berilah syafaatmu kepadaku...
Insya Allah, akan ku lakukan... (Mafhum hadith Tirmidhi)

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Tapi ya Rasul, bagaimana aku dapat bertemu denganmu di saat hiruk pikuk begitu?
Carilah aku, kerna aku hanya berada di tiga tempat, tidak selainnya. Itulah:
"Sirat (titian), Mizan (timbangan), telagaku (haud)" (mafhum hadith Tirmidhi)

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Saat semua manusia berkata nafsi-nafsi
Baginda tetap melantunkan ummati-ummati

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

"Pergilah kepada Nabi Nuh", kata Adam
"Pergilah kepada Nabi Ibrahim", kata Nuh
"Pergilah kepada Nabi Musa", kata Ibrahim
"Pergilah kepada Nabi Isa", kata Musa
"Pergilah kepada Nabi Muhammad", kata Isa

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Seraya mendengar pengaduan ummat
lantas Baginda menuju arasy
tersungkur sujud di kakinya...lama amat
tangis penuh harap
sarat beban kesulitan ummat
seketika disingkap hijab-hijab
ditajalli sifat-sifat al-Rahman
mengkagumkan

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu yang mulia itu
pintalah apa sahaja, pasti Ku beri
pohonlah apa jua, akan Aku penuhi
"Ummatku Ya Allah, Ummatku Ya Allah" (mafhum hadith Syufa'ah, Bukhari dan Muslim)

Allahhumma solli wa sallim wa baarik
'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad

Berselawatlah kerna dalamnya terkandung cinta
Cintakan Allah dan RasulNya.

No comments:

Post a Comment