Tuesday, March 22, 2011
Saturday, March 19, 2011
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM
1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN :i)Menghadap Kiblatii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.(tanda tanya)
10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. (tanda tanya)
13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori
Saturday, February 5, 2011
Saturday, December 18, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Monday, December 6, 2010
PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H / 2010
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1432H / 2010
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian
- Mendahului perutusan ini, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1432H bersamaan 2010M pada tahun ini dalam suasana kesederhanaan dan penuh kerahmatan.
- Hari ini, seluruh umat Islam sedang memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang penuh barakah itu. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
- Sambutan Maal Hijrah di negara kita pada tahun ini bertemakan “1Malaysia, 1Ummah”. Tema ini bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah s.a.w. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian.
- Semangat Hijrah inilah yang telah kita terjemahkan dalam bentuk program transformasi negara. Sememangnya, kesederhanaan dengan erti kata seimbang dan terbaik telah menjadi kerangka rujuk kita membangunkan negara selama ini.
- Menelusuri sejarah kejayaan negara, Malaysia kini telah muncul sebagai sebuah negara membangun yang maju, berdaya saing serta progresif. Kejayaan ini adalah didasari kekuatan perpaduan 1Ummah yang berasaskan keunikan perpaduan antara kaum yang sedia ada.
- Lantaran itu, kita mestilah berusaha untuk sentiasa berhijrah bagi mencipta kejayaan dan inovasi baru yang memberi impak rahmat kepada ummah.
- Kita juga telah menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat dan saranan yang dijanai oleh ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Percayalah, Malaysia sentiasa konsisten dalam menerajui konsep kesederhanaan dan keamanan sejagat sejak lima dekad yang lalu.
- Selama ini, pelan penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan ini adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global. Ia telah memberi pengiktirafan kepada Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang yang signifikan kepada dunia Islam.
- Pengiktirafan ini merupakan pemangkin kepada kita agar terus istiqamah dalam menjayakan program transformasi bersepadu dalam menjana model baru ekonomi bagi mewujudkan sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Ianya seiring dengan komitmen kita untuk melokasi Malaysia sebagai ikon kemakmuran, keharmonian dan kesederhanaan yang multi etnik dan multi agama sifatnya.
- Sesungguhnya, kita telah memberikan komitmen tinggi dalam membawa pengertian hijrah kepada agenda transformasi berganda buat Malaysia. Ianya bukan sahaja digerakkan melalui bidang ekonomi, sosial serta politik, malah profil Malaysia di pentas sejagat juga diberikan suntikan transformasi bagi mengungguli teraju teladan kesederhanaan.
- Sekiranya kita dapat meneladani semua ini, maka ianya akan mencetuskan lonjakan rahmat yang juga turut berganda kepada rakyat sekaliannya. Sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-An’am ayat enam yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”
- Mengakhiri perutusan, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada dan raikanlah sambutan ini bersama rakan-rakan kita daripada pelbagai bangsa demi kekuatan “1Malaysia 1Ummah”.
Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.
Thursday, December 2, 2010
Kasih dan Cinta dalam Islam
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan
Tuesday, November 30, 2010
10 wasiat Imam Hassan Al-Banna:
10 wasiat Imam Hassan Al-Banna:
Segera tunaikan solat
Sentiasa membaca al-quran
Berusaha bercakap dalam Bahasa Arab fushah
Jangan banyak berdebat sesame sendiri
Jangan banyak ketawa
Jangan banyak bergurau
Jangan mengangkat suara lebih daripada yang diperlukan oleh pendengar
Jangan mengumpat
Gigih berkenalan dengan orang yang ditemui
Sentiasa ingat bahawa kewajiban lebih banyak daripada waktu.
Terlalu banyak jasa Hassan al Banna. Cuma satu yang ingin aku katakan di sini, mengenai Mathurat. Mathurat merupakan sentuhan peribadi Hassan al Banna buat kita. Ia disusun semula berpandukan kepada bapanya. Hassan al Banna sentiasa menasihati ahli gerakannya (Ikhwanul Muslimin) agar membaca Mathurat setiap pagi dan petang.
Apabila berlaku peperangan Badar, saat tentera Islam terlalu sikit bilangannya berbanding musuh, tetapi tentera Islam mampu menang dalam pertempuran tersebut. Apakah rahsianya? Dari manakah kekuatan itu datang? Teringat cerita seorang ustaz, katanya salah satu sebab umat Islam menang kerana kita ada kekuatan yang tak kan ada pada musuh. Itulah ZIKIR! Saat peperangan Badar, 5hari berturut-turut tentera Islam bermunajat pada Allah, zikir, solat hajat, dan lain-lain ibadah lagi. Semata-mata untuk memohon agar Allah tolong umat Islam. Beri kekuatan yang pasti tiada pada pihak lawan. Yakni kekuatan iman!
Mathurat misalnya, merupakan untaian-untaian zikir, yang disusun dengan begitu indah, dengan mutolaah yang telah dilakukan oleh Hassan al Banna. Segala yang ditinggalkannya, masih segar sehingga kini. Kita masih mengamalkannya. Terserlah keikhlasan Hassan al Banna dalam perjuangannya. Walaupun sudah 100tahun pemergiannya, umat Islam masih terus menyambung perjuangannya, manfaatkan peninggalannya! Jom baca Mathurat, bawalah ia ke mana saja kita pergi.
Monday, November 29, 2010
Sunday, November 28, 2010
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,
Selawat-syamil
sebuah lagu selawat nyanyian dari syamil...sungguh syadu. Tersirat seribu hikmah kehebatan selawat. Mudahan kita semua dirahmati sentiasa.amin.
Saturday, November 27, 2010
Wahai Para Da'ie

Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith.
Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - Al-Baqarah, 42
Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Ali-Imran, 104
Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.
"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan
Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.
Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab
"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e
Wahai para dai'e
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44
Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - Ad-Dhuha, 11
Thursday, November 18, 2010
Bagaimana hati seorang lelaki untuk wanita

ya..banyak kali aku mendegar keluhan hati seorang wanita berkaitan dengan lelaki..namun kali ini aku akan cuba untuk menjawab setiap keluhan itu satu persatu..harap minx dipermudahkan..
1) Lelaki ni x sporting lah..
Awak..saya nak sporting mcm mana? ikut kehendak awak? ini belum lagi kita sudah berumah tangga,awak hendak saya ikut segala cakap awak.. hakikatnya, isteri kena dengar dan taat akan arahan suami.. ya..saya akui yang saya ini boleh dikatakan mr NO..xleh buat itu, xleh buat ini..namun ini semua sebab apa? tak lain xbukan sebab saya nak jaga awak..nak didik awak...bukan senang untuk membentuk tulang rusuk ini..terlalu keras,ia akan patah..kalau terlalu lembut, ia tidak akan lurus...kalaulah awak faham...
2)Lelaki ni selekeh lah..
Awak..saya tahu saya suka pakai macam ni..seluar lusuh, seluar jeans,.pakai selipar..tapi, awak pilih saya kerana apa? kerana paras rupa saya atau sebab pakaian saya? kenapa lepas kita ada ikatan, awak baru nak pertikaikan? saya nak ajar awak untuk menilai seseorang melalui hati dia..dan bukannya dari segi luaran..
3)kenapa time keluar dengan die, asyik nak saving aje..
awak.., kalaulah anda tahu kenapa kami kaum lelaki nak terhadkan perbelanjaan kami..bukan kerana apa..kamu meminta wang hantaran pada zaman ini dengan jumlah yang tinggi..sekarang smpai berpuluh ribu..manalah saya mampu untuk itu..saya sekarang sedang simpan duit untuk masa depan kita.. bukan sewaktu kita keluar aja saya ni saving, tp, kalaulah awak tau yang saya sampai ikat perut, makan sehari sekali aja, semata-mata untuk berjimat sebab nak penuhi wang hantaran yang ibu bapa awak minta tu...kalaulah awak faham...
4)lelaki ni bosan lah..
Awak..apa yang bosannya saya ni.. kalau saya banyak cakap, saya takut awak terasa.. lepas tu, kita akan gaduh..saya taknak awak sedih atas sebab perbuatan saya.. kalau saya xikut style awak, awak akan cakap saya bosan?mcm tu?.. saya sebenarnya saja nak tgk awak .. adakah awak benar2 dapat menerima saya atau tidak..saya teringin sebenarnya untuk bercinta selepas kahwin..dapat belajar untuk mengenali dan memahami awak..itu matlamat saya sebenarnya......namun,,,,,kalaulah awak faham...
5)kenapa dia xcontact2 aku ha?cakap aja sayang..
Awak..sesungguhnya saya takutkan Allah..saya takutkan dosa.. saya takut menghampiri zina..kalau ikutkan hati saya, saya hendak selalu berhubung dengan awak..tapi, apakn daya,kalau saya ikutkan nafsu, ibarat saya tidak akan mampu menjaga awak nanti.. kerana saya sayangkan awak, maka saya tinggalkan awak buat sementara..walaupun hati ini pedih, tapi, saya hendak awak belajar untuk meletakkan rindu awak kepada Yaang Maha Esa terlebih dahulu...kalaulah awak faham
p/s: inilah antara keluhan yang didengar daripada seorang wanita... kalaulah mereka faham....