Thursday, May 27, 2010

AKIBAT MENINGGALKAN WASIAT RAJA MELAYU

Thursday, May 6, 2010
AKIBAT MENINGGALKAN WASIAT RAJA MELAYU
JATUH BANGUNNYA ZAMAN KEGEMILANGAN ACEH: RELEVANNYA UNTUK MALAYSIA

Karangan yang sederhana ini dipersembahkan sebagai 'back-up' kepada karangan bertajuk 'Forum: Model Ekonomi Baru' yang baru disiarkan sebagai sebuah kertaskerja dalam seminar anjuran PAKKU ( Persatuan Mantan Wakil Rakyat UMNO ). Tujuannya ialah untuk menggambarkan betapa pentingnya bangsa Melayu memberi perhatian kepada Wasiat Raja-Rajanya. Sementara Wasiat Sultan Aceh yang diketengahkan 503 tahun yang lalu telah menjadi pendorong yang menjadikan Aceh sebagai sebuah pusat tamaddun Islam di satu masa dulu kita dapati pula Wasiat Raja-Raja Melayu disampaikan 53 tahun yang lalu, dan menjadi inti kepada Perlembagaan Malaysia, telah menjamin kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama yang maju dan aman.

Sebagaimana juga penjajah dan budaya asing telah merosakkan sifat murni yang dipelupuri dalam Wasiat Sultan Aceh kita dapati Wasiat Raja-Raja Melayu juga sedang dicabar, dengan tercabarnya Perlembagaan Malaysia, oleh anasir-anasir luar.

Adalah diharapkan perbandingan ini dapat menimbulkan kesedaran yang berguna untuk bangsa dan negara kita.

21 WASIAT SULTAN ACEH - THE ACEH CODE

1. 26hb Mac, 2010 yang baru lalu ialah hari ulangtahun yang ke 137 tercetusnya serangan Belanda ke atas Aceh pada tahun 1873. Peperangan ini dinamakan 'The Aceh War' di mana ternyata, akhirnya, sebuah negeri Melayu di Asia telah mampu mengalahkan sebuah negara Barat sebelum kejadian kedua berlaku selepasnya, dengan kekalahan Rusia, sebagai sebuah negara Barat, di tangan China, dari Asia, dalam 'Manchurian War' pada tahun 1895-1904.

2. Sempena ulangtahun ke 137 Aceh War ini dua program telah dijayakan iaitu:

i. Aceh Development International Conference ( ADIC ) telah diadakan di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan dianjurkan bersama oleh pelajar-pelajar dari Aceh, dari semua IPTA di Malaysia, Kelab Aceh Kuala Lumpur, Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia ( IMAM ), dengan kerajasama UPM, dan ditaja bersama oleh Yayasan Warisan Pribumi, Kerajaan Negeri Melaka dan peniaga-peniaga keturunan Aceh di Malaysia.
Tujuan ADIC diadakan ialah untuk mengumpul dan membincangkan semua ide yang diketengahkan melalui lebih 80 buah kertas-kerja, yang datangnya dari peminat Aceh di seluruh dunia, yang merupakan sumbangan fakta dan intelektual untuk membangun semula Aceh.
ii. Pelancaran Perpustakaan Teungku Muhammad Dawud Beureueh dan Pusat Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Asing ( Teungku Muhammad Dawud Beureueh and Center for Arabic and Foreign Languages - TMDL & CFA & FL ) di Banda Aceh. Pelancaran ini telah diadakan di Rumah Tamu Jeumpa D'Ramo di Jalan Maarof Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Wakil Gabenor Aceh, Walikota Banda Aceh, Wakil Partai-Partai Politik dari Aceh, Tokoh-tokoh Melayu keturunan Aceh di Kuala Lumpur, para dermawan dan akademik dari Arab. Rancangan penubuhan perpustakaan ini menjadi tanda pentingnya ilmu dan pendidikan untuk membangunkan semula bumi Aceh yang pernah di satu masa dulu menjadi antara 5 pusat tamaddun Islam di dunia. Perpustakaan ini akan menjadi sumber ilmu sementara bahasa-bahasa asing adalah kunci untuk masuk ke gudang ilmu dalam berbagai bahasa.

3. Kesedaran mengenai kejatuhan Aceh dari sebuah tamaddun Islam kepada negara yang terpaksa berperang untuk mendapat kembali haknya, sehingga ditimpa oleh bala Tsunami sebagai bala yang terbesar yang pernah dialami di dunia, sepanjang ingatan, maka keputusan telah diambil untuk memberi perhatian kepada bidang ilmu pengetahuan dengan mempopularkan budaya membaca atau 'budaya iqra'.

4. Walau bagaimana pun dengan ilmu sahaja tidak mungkin sesuatu bangsa boleh membangun walau pun tanpa ilmu peluang untuk membangun tidak ada sama sekali. Tentu ada fakta lain yang perlu digabungkan dengan ilmu untuk mencapai kejayaan.

5. Faktor itu adalah sikap.

6. Setelah dicari, di mana mampu, ternyata satu manuskrip dari kerajaan Islam Aceh Bandar Darussalam telah ditemui dalam arkib Universiti Kebangsaan Malaysia. Manuskrip ini merupakah 'Wasiat Sultan Aceh' kepada pemimpin-pemimpin Aceh pada 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal hari Ahad bersamaan 23 Julai, 1507.

7. Beginilah transliterasi manuskrip dari kerajaan Islam Aceh Bandar Darussalam yang bertajuk:

KEWAJIBAN RAKYAT KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM:

Bismillahirrahmanirrahim,

Amma ba'du

Maka inilah pohon kerajaan Aceh Bandar Darussalam.

Mulai terdiri Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu pada tahun 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal hari Ahad bersamaan 23 Julai, 1507;

Atas nama yang berbangsawan bangsa Aceh iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah Johan Berdaulat.

Maka pohon kerajaan mulai tersusun oleh yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada kerajaan puteranya yang kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar Ali Riayat Syah:

Kemudian hingga sampai pada masa kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah perkasa yang masyhur al-mulaqaab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah Fil Alam;

Iatiu telah ijmak keputusan sabda muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim ulamak dan hulubalang dan menteri-menteri;

Iaitu telah ditetapkan dia dan telah difaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad dengan memberitahu dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut menjalankan dan melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib difayahkan di atas seluruh rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya.

Bahawasanya kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh dan kerajaan Aceh dan alam Aceh;

Yakni satu negeri satu bangsa dan satu kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam dengan mengikut syariah Nabi Muhammad SAW;

Atas jalan ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan mengambil hukum daripada Qur'an dan Hadis dan qias dan ijmak ulamak ahlu-sunnah wal jamaah;

Dengan hukum dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak Rasullulllah dan syarak kami;

Bernaung di bawah Alam Merah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung di bawah panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW;

Dari dunia sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa:

1. Pertama diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukaallaf dan bukan gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang bernama senjata ( BERANI ) *

2. Kedua tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau meunasah maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah di pakai kain merah dan putih sedikit yakni kain putih ( DISIPLIN / SETIA ) *

3. Ketiga diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang sebagainya ( RAJIN ) *

4. Keempat diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengajar dan berlajar pandai emas dan pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan ( RAJIN ) *

5. Kelima diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan belajar membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid dan menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya ( RAJIN ) *

6. Keenam diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam negeri dan luar negeri dengan bangsa asing ( RAJIN ) *

7. Ketujuh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal ( BERANI ) *

8. Kedelapan diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan pendekar silek dan barang sebagainya ( BERANI )*

9. Kesembilan diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan megajar ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq ( berpakaian ) mazhab ahlu-sunnah wal jamaah r. ah ajmain ( DISIPLIN ) *

10. Kesepuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada belajar dan mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal jamaah r. ah ajmain ( DISIPLIN ) *

11. Kesebelas sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas jalan Mazhab Imam Syafi'i r.a. di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat Nabi Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan dengan cukup syartan ( syarat ). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad memegang kepada Mazhab Syafi'i yang jadid ( DISIPLIN ) *

12. Keduabelas sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah dan tidak diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan meunasah-meunasah maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian ada yang mustahak menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka janganlah sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang mustahak dibahagi lapan. ( AMANAH / DISIPLIN ) *

13. Yang ketigabelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa apa pun apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu ( DISIPLIN / SETIA ) *

14. Keempatbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar mengukir kayu-kayu dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu dengan berapa banyak pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah bata yang ditumbok serta batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah diayak itulah adanya ( RAJIN ) *

15. Kelimabelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas di mana-mana tempatnya dalam negeri ( RAJIN ) *

16. Keenambelas diwajibkan di atass sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan seperti kerbau dan sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal dalam syarak agama Islam yang ada memberi manfaaf pada umat manusia diambil ubat ( RAJIN ) *

17. Ketujuhbelas diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan Nabi SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti makan khanduri maulut ( AMANAH / SETIA ) *

18. Kedelapanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada tiap-tiap tahun mengadakan Khaduri Laut iaitu di bawah perintah Amirul Bah yakni Panglima Laot ( SETIA ) *

19. Kesembilanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri Blang pada tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing di bawah perintah Penglima Meugoe dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu ( AMANAH / SETIA ) *

20. Keduapuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya iaitu Kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan sayed-sayed yang turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina Husin keduanya anak Saidatina Fatima Zahra Nisa' Al-Alamin alaihassalam binti Saidina Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang tersebut yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris Kerajaan Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh kerajaan dibolehkan memakainya; kepada siapapun ( DISIPLIN / SETIA )*

21. Keduapuluhsatu diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan sekali-kali memakai perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda ketiga Karunia keempat Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada ( Paduka ) kedelapan Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana kesebelas Takhta keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri Baginda kelimabesar Permaisuri keenambelas Ta ( DISIPLIN / SETIA ) *

Maka demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh Bandar Darussalam adanya.

Maka hendaklah menyampaikan sabda muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang Menteri kami kepada sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah dan mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong dan baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk dan kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan muda-muda dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan kecil menurut kadarnya dan ilmunya;

Iaitu mudah-mudahan insya Allah ta'ala dapat selamat bahagia sekalian umat manusia dalam negeri Aceh Bandar Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu siapa menjadi manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan majlis dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan bahaya dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh daripada lembah kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;

Supaya terpeliharalah negeri kami Aceh dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan usaha yang banyak supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara rakyat dengan kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasaad serta dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah ta'alaa dengan menahan sabar daripada kepayahan maka tentu akhirnya insya Allah ta'ala dapat jadi kebajikan bersama-sama dengan saudara-saudara-saudara Islam yang dalam negeri Aceh dengan berkasih-kasihan dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak Rasul dan Syarak Kerajaan.

Sanah 1272 Hijriah ( 1855 Masehi )

( PERHATIAN: Tiap satu dari 21 Wasiat di atas bertujuan untuk memupuk sikap AMANAH, BERANI, RAJIN, DISIPLIN DAN SETIA di kalangan rakyat Aceh - lihat tujuannya dalam kurungan selepas tiap satu wasiat )

Maka sesudah habis mendengar khabar maka ulamak telah bertanya apakah padahnya jika wasiat itu diabaikan. Maka menangislah Seri Baginda Sultan sebab kerana sayangnya kepada umat manusia pada masa akan datang serta Seri Baginda dalam tangisannya mengucap sabda dengan kata syair yang amat dalam maksudnya lagi nasihat yang sangat baik tujuannya dan amat luas maknanya, iaitu inilah bunyinya syair nazamnya:

Bismillahirrahmanirrahim

Jituka alim dengan jahil;
Jituka adee dengan inaya
Jituka murah dengan bakhil;
Cita akan zahir bak raja-raja

Ditukar alim dengan jahil;
Ditukar adil dengan aniaya
Ditukar marah dengan bakhil;
Cita akan zahir pada raja-raja


Jituka taat dengan maksiat;
Jiboh aniek mit keu ureung tuha
Jituka yang la jimita yang mit;
Tamsee aneuk mit yang tuha-tuha

Ditukar taat dengan maksiat;
Diletak anak kecil tempat orang tua
Ditukar yang banyak dicari yang sedikit;
Tamsil anak kecil yang tua-tua

Jituka iman jitung murtad;
Asai na pangkaat megah ngon kaya
Jituka yang trang jitung yang seupot;
Jitem meureubot tuwo keu desya

Ditukar iman dicari murtad;
Asal ada pangkat megah dengan kaya
Ditukar yang terang dicari yang gelap;
Mau berebut lupa akan dosa

Jituka makmu jitem tung deuk troe;
Ureng yang bako tekala wala
Jituka senang jitem tung susah;
Peuget fitnah meuseunoh kadar

Ditukar makmur dengan kelaparaan;
Orang baik-baik disingkirkan
Ditukar yang senang mahu ambil yang susah;
Membuat fitnah berebut kuasa

Jituka megah jitung hinaan;
Inong ngon agam male jih hana
Jituka luwah jitem tung picek;
Tanda mubaligh keurajeun raja

Ditukar megah dengan kehinaan;
Wanita dan lelaki rasa malu sudah tiada
Ditukar kelapangan dengan kesempitan;
Tanda mubaligh kerajaan raja

Jituka qanaah jitem lubha;
Alamat tanda akai tan lisik
Jituka sihat jitung peunyaket;
Jitem meusaket dengan hareuta

Ditukar qanaah dengan luba;
Alamat tanda akal tak cerdik
Ditukar sihat dengan penyakit;
Mahu bersakit-sakit demi harta

Jituka aman jitem tung kacho;
Nibak bala pebala dengan saudara
Ouh akhee nanggroe lee that ban macam;
Saboh yang asai saboh yang hana

Ditukar aman dengan kekacauan;
Suka mengadu domba sesama saudara
Di akhir zaman negeri lahir macam masalah;
Satu yang kekal satu lagi akan tiada

Dalam syuruga hideh yang asai;
Penolong Tuhan keu mukmin dumna
Yang dalam donya sinoe tan asai;
Meunajih badan meu ubah rupa

Dalam syurga di situlah yang kekal;
Penolong Tuhan untuk mukmin semua
Yang dalam dunia ini tiada yang kekal;
Mengotorkan badan merubah rupa


KESIMPULAN

Lantaran patuhnya rakyat Aceh kepada wasiat di atas maka Aceh di bawah pemerintahan Sultan-Sultan berikutnya, samada Sultan itu lelaki atau perempuan, telah melalui zaman yang paling gemilang sehingga Aceh pernah menjadi pusat tamaddun Islam di Nusantara. Walau bagaimana pun sedikit demi sedikit, kerana lalai dengan kemewahan dan kegemilangannya, apatahlagi dengan pengaruh penjajah, rakyat Aceh telah terlupa kepada wasiat ini. Kerana terlupa kepada mesej wasiat inilah maka Aceh kini bukan tidak lagi menjadi pusat tamaddun Islam.

Proses atau trend hakisan tiupan semangat dari Wasiat Sultan Aceh ini telah berlaku mengikut penemuan kajian oleh seorang professor sejarah dari Universiti Edinburgh di Scotland, yang bernama Professor Alexander Frazer Tytler, sekitar tahun 1776, seperti berikut:

'Demokrasi itu selalunya bersifat sementara; ia tidak boleh wujud sebagai satu bentuk kerajaan yang kekal. Demokrasi itu akan terus wujud sehingga tiba masanya pengundi mendapati mereka boleh mengundi untuk diri mereka sendiri hadiah yang mewah dari perbendahaan. Pada saat itu, majoriti akan memilih calon yang menjanjikan keuntungan terbesar dari perbendahaan awam, sehingga setiap demokrasi akhirnya akan runtuh kerana dasar kewangan yang longgar, yang selalu disusuli oleh pemerintahan diktaror.'

Purata umur tamaddun besar di dunia, sejak bermulanya sejarah, ialah sekitar 200 tahun. Dalam masa 200 tahun negara-negara ini maju mengikut urutan:

From bondage to spiritual faith;
( Dari perhambaan timbul semangat keagamaan )

From spiritual faith to great courage;
( Kerana semangat ugama muncul keberanian )

From courage to liberty;
( Dari keberanian datanglah kebebasan )

From liberty to abundance;
( Dati kebebasan datang kemewahan )

From abundance to complancency;
( Dari kemewahan datang kepuasan )

From complacency to apathy;
( Dari kepuasan datang sikap tidak peduli )

From apathy to dependence;
( Dari sikap tidak peduli datang sikap bergantung kepada orang lain )

From dependence back into bondage;
( Dari sikap bergantung kepada orang lain akhirnya kembali menjadi hamba )

Malaysia yang dipimpin oleh Melayu dari UMNO belum merupakan sebuah tamaddun yang besar dan tidak memerlukan 200 tahun untuk hancur.

UMNO yang berumur 60 tahun dan memerintah selama 53 tahun susdah cukup lama untuk mengalami berbagai tahap dan perkembangan dari keadaan terjajah ( perhambaan ) kepada dijajah semula ( back to bondage again ) jika UMNO tidak membuat perubahan.

( Huraian mengenai penulisan Profesor Alexander Frazer Tytler di atas boleh di dapati dalam blog ini di bawah tajuk MENYONGSONG FAJAR BARU MALAYSIA para 48 hingga 52 )

Walau apa jua perubahan bangsa Melayu hendaklah merujuk dan berpandukan kepada wasiat yang diwarisi kerana wasiat-wasiat itu terbukti sudah berjaya.

Wasiat Sultan Aceh ini telah ditemui dalam arkib Universiti Kebangsaan Malaysia apabila pelajar-pelajar Aceh yang berada di Malaysia mencari punca kegemilangan masa silam Aceh, selepas bencana Tsunami melanda Aceh.

Bagi kita yang berada di Malaysia Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah diketengahkan dalam blog ini dalam terbitan yang lalu hendaklah dipertahankan jika Bangsa Melayu ingin selamat.

Jika Wasiat Sultan Melayu Aceh yang dilupakan itu sudah diberi sejak 503 tahun yang lalu tidak patutlah Wasiat Raja-Raja Melayu Malaysia yang berusia hanya 53 tahun dilupakan dalam masa yang begitu cepat.

Sifat-sifat AMANAH, BERANI, DISIPLIN, RAJIN DAN SETIA yang merupakan sifat-sifat yang ingin diasahkan oleh Sultan Aceh dengan wasiatnya pada tahun 1507 adalah juga sifat-sifat yang perlu ada pada pemimpin dan rakyat Melayu, di semua peringkat, jika mereka ingin menjadi tuan di dalam negara pusakanya.

Model, dasar, polisi, program atau apa jua nama yang diberi kepada pendekatan ekonomi untuk Malaysia hanya akan mencapai matlamat jika pelaksanaannya di semua peringkat mempunyai nilai-nilai tersebut di atas.

Jika tidak, bangsa kita akan dipandang hina oleh yang bukan kita, sebagaimana komen dari yang bukan kita, yang boleh dibaca dalam isi blog bertajuk 'Forum Model Ekonomi Baru'. Kita tidak patut marah kepada mereka sebaliknya komen mereka patut menimbulkan kesedaran, keinsafan dan membangkitkan semangat kita untuk berubah secara positif.

COPYRIGHT BLOG SANUSI JUNID BLOGSPOT.COM

Sunday, May 23, 2010

CINTA MADINAH

CINTA MADINAH

Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangnya merendang

Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi

Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu

Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah

Sunday, May 16, 2010

Solat Jumaat 'hidayah' Dr. Crane

BELIAU dapat 'membaca' sesuatu ekoran perlumbaan kuasa tentera dan senjata antara dua kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia. Lazimnya AS akan menundukkan mana-mana kuasa lain yang cuba bersaing. Apatah lagi cuba mengatasi kehebatan teknologi persenjataan yang dimilikinya.

Bagaimanapun, agak pelik apabila pada suatu hari Rusia memperkenalkan teknik-teknik senjata yang lebih moden dan canggih sehingga melibatkan ruang angkasa di sebuah negara sekutu Rusia, iaitu Cuba, menyebabkan AS menggelabah.

Sudah tentu AS tidak senang duduk kerana bimbang Cuba dijadikan pangkalan tentera baru kepada Rusia untuk menyerang negara kuasa besar itu.

"Apabila Rusia memberi jaminan akan menarik balik segala kemudahan ketenteraan di Cuba tentu sahaja ia adalah syarat yang mesti dipenuhi oleh AS bahawa mereka sama sekali tidak boleh menganggu pemimpin Cuba, Fidel Castro dalam usaha berterusan AS menjatuhkan pemimpin itu.

"Jika mereka masih berkeras memburu dan menjatuhkan Castro, maka alamatnya segala kemudahan tentera di Cuba akan 'dihidupkan' untuk menyerang AS. Begitulah liciknya Rusia dalam memberi jaminan pengaruh komunis di Cuba tidak akan mengancam AS," tulis Robert Dickson Crane dalam satu artikel mengulas strategi perang psiko antara AS dan Rusia.

Crane ketika itu adalah pelajar di Fakulti Undang-undang Universiti Harvard. Tanpa disangka artikel itu dibaca oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon ketika dalam penerbangan dari California ke New York.

"Sejurus mendarat di lapangan terbang, iaitu pada Januari 1963, Nixon terus memanggil saya dan bertanya sama ada saya sedia menjadi penasihatnya untuk urusan politik luar negara," kata Crane.

Begitulah bertuahnya Crane natijah tulisannya itu yang berjaya menarik minat Presiden AS yang ke-37 itu untuk menjawat tugas yang cukup mencabar iaitu dari tahun 1963 sehingga 1968. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah di Dewan Keamanan Kebangsaan.

Sepanjang dunia kerjayanya, semasa pemerintahan Presiden Ronald Reagan pula Crane menjadi Duta Besar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semua tugas tersebut memberi cabaran yang getir namun berbaloi kerana menggabungkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang cukup berharga kepada Crane.

Tugasnya sebagai Penasihat Luar tersebut membawa Crane terlibat secara langsung dengan pelbagai persoalan dan pergolakan politik yang berlaku di dunia luar AS.

Beliau sedaya upaya memberi nasihat yang terbaik kepada Presiden apa yang terbaik dilakukan untuk polisi dan dasar luar mereka.

Namun amatlah penting bagi Crane membaca banyak bahan bacaan, iaitu tentu sahaja buku-buku, artikel dan jurnal. Ini membuatkan beliau turut membedah topik-topik agama dan mesti mengambil tahu mengenai apa juga agama terutama Islam.

"Saat itu saya telah membaca sedikit mengenai Islam kerana saya mula terfikir untuk menjadikan Islam itu 'rakan' sekutu kepada AS yang paling kuat untuk tempoh paling lama semata-mata untuk melawan pengaruh dan kuasa komunis.

Prejudis

"Ini kerana kami (saya dan Nixon) menganggap komunis sebagai ancaman kepada dunia," tuturnya ikhlas.

Begitu pun sebenarnya Crane mempunyai pemikiran yang sangat kotor mengenai Islam. Ia berpunca daripada sikapnya yang prejudis dan tidak pernah mengambil serius ajaran sebenar Islam.

"Yang saya tahu mengenai Islam hanyalah setiap Muslim yang baik harus membunuh penganut Kristian dan syurga bagi agama Islam ini tidak ubahnya seperti rumah pelacuran.

"Saya tidak pernah berminat mempelajari dan mengenali agama ini kerana bagi saya, Islam sebuah agama yang primitif," katanya.

Namun Crane akhirnya 'menjilat air ludahnya sendiri'. Islam yang dikatakan kotor dan menjijikkan itu akhirnya menjadi agama anutannya sehingga beliau kini dikenali sebagai Dr. Robert Farook Dickson Crane.

Semuanya bermula ketika beliau dan isteri berada di Bahrain iaitu pada musim panas 1977. Walaupun dalam keadaan suhu yang panas, cuaca yang cerah dan cantik membolehkan Crane dan isterinya bersiar-siar melihat Istana lama di Al Muharraq, iaitu sebuah kota dagang tertua di dunia.

Namun Crane dan isterinya itu terpaksa melalui lorong-lorong yang sempit dan bersimpang siur.

Akhirnya seperti yang diduga pasangan ini tersesat jalan sehingga mereka bingung tidak tahu arah mana hendak dituju walaupun berada di tengah-tengah orang ramai.

Ditakdirkan tuhan, secara tiba-tiba muncul lelaki tua yang menawarkan bantuan kepada Crane dan isteri. Pasangan tersebut kemudiannya menerima pelawaan ke rumah lelaki itu untuk berehat.

Di rumah orang tua ini, Crane dan isteri begitu gembira kerana mendapat layanan yang cukup baik dan mesra. Mereka juga dihidangkan pelbagai makanan yang enak.

"Namun yang sukar dilupakan apabila kami berbicara pelbagai perkara lebih-lebih lagi orang tua itu seorang Islam. Yang menariknya kami lebih bicarakan mengenai isu-isu yang baik-baik dan buruk-buruk yang berlaku di dunia ketika itu.

"Ia termasuk peranan tuhan terhadap manusia tanpa sedikit pun orang tua itu menyelitkan perihal Islam. Sejak pertemuan itu, ia sangat meninggalkan kesan kepada saya untuk mengenali apakah Islam yang sebenar," katanya.

Orang tua itu berjaya membuat Crane tertanya-tanya mengenai Islam. Sebabnya, perilaku dan tahap pemikirannya bukan seperti yang selalu dianggap mengenai Islam dan para penganutnya sebelum ini.

Sehinggalah pada tahun 1980, Crane berpeluang mengikuti persidangan antarabangsa mengenai gerakan Islam di New Hampshire. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam utama dunia.

"Pada tengah hari Jumaat itu saya mengekori mereka yang saya sangka masing-masing menuju untuk menikmati makan tengah hari.

"Namun, rupa-rupanya mereka hendak solat Jumaat di sebuah ruang bangunan yang dikosongkan dan hanya ditutupi permaidani.

Harus bersujud

"Pada mulanya saya ingin berpatah balik tetapi bimbang perbuatan itu akan menyinggung mereka lalu saya duduk di belakang para jemaah dan menunggu mereka solat," katanya.

Ketika itu yang menjadi imam solat ialah tokoh terkemuka gerakan Islam dari Sudan, iaitu Hassan At Turabi.

"Ketika itulah saat yang begitu menggetarkan perasaan saya dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila Hassan berjaya membawa dirinya dan seluruh jemaah sama-sama sujud kepada Allah.

"Walhal beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Jika beliau dapat sujud kepada Allah, bererti beliau berpuluh kali lebih baik daripada saya.

"Saat itu saya memutuskan saya juga harus bersujud sebagai tanda penyerahan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini," katanya.

Crane ialah salah seorang tokoh yang akan menyampaikan syarahan di Konvensyen Kesatuan Islam Antarabangsa anjuran Yayasan Ramadan di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Oktober ini.

Beliau akan berkongsi lebih banyak pengalaman sejak bergelar Islam dan memegang pe lbagai jawatan penting untuk pertubuhan Islam di Amerika.

Turut menyampaikan syarahan ialah tokoh terkemuka Islam dari Syria, Dr. Muhammad Saeed Ramadan Al-Bouti, mantan Perdana Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ramai lagi tokoh Islam yang lain.

Tuesday, May 11, 2010

BarakAllahu Lakuma-Maher Zain

lagu ni...same2 kite hayati lagunye.. (^_^)

BarakAllahu Lakuma-Maher Zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Thursday, May 6, 2010

Menutup aurat bagi wanita semakin mahu diperlekehkan seperti zaman jahiliyah

Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah. Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali, jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita? Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa. Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dulu yang suka mengubah-ngubah Hukum dalam agama mereka mengikut selera dan keadaan semasa mereka.

Di dalam kitab Bible / AlKitab yang diimani oleh umat Kristian pun ada memerintahkan agar menutup aurat dengan betul termasuk menutup kepala. Dalilnya adalah seperti di bawah;

[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?

Maka adakah kita umat Islam mahu menjadi seperti umat Kristian itu juga yang sekarang ini sudah tidak menutup kepala lagi melainkan biarawati-biarawati mereka sahaja? Jika hal ini tidak diambil berat dan dipandang ringan, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam sudah tidak dikenali dan aurat sudah tidak terjaga lagi. Jika wanita Islam juga tidak mahu memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan betul, maka apa bezanya rupa luaran antara wanita Islam dengan wanita Kristian? Sedangkan dalam masalah janggut dan misai pun Nabi Muhammad suruh agar bezakan dengan umat Yahudi, ini kan pula soal aurat wanita yang boleh menggoyang iman seorang lelaki.

Dan banyak lagi jarum-jarum halus yang ditusuk ke dada umat Islam seperti mengatakan bahawa memakai jilbab bagi wanita itu dapat menghalang kemajuan, membataskan produktiviti, merimaskan dan camam-camam lagi.

Sila baca juga tajuk Mengapa hanya biarawati sahaja yang menutup aurat dengan betul dalam Kristian sedangkan orang awam tidak

..

Dalil-dalil bahawa menutup aurat itu wajib

Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya sahaja yang boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi / asing.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59

“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Nabi juga bersabda yang maksudnya, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” Hadith Riwayat Abu Dawud

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “- Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

..

Wanita yang tidak menutup aurat mengundang banyak masalah dan dosa serta mendapat siksaan yang keras

Biasanya ada wanita yang memandang remeh isu memakai tudung dan menutup aurat dengan betul, kerana baginya ianya bukan satu jenayah. Ianya bukan satu kejahatan yang menyusahkan dan berlaku zalim pada orang lain, kata mereka. Tetapi ingatlah, nabi sendiri sudah berpesan bahawa wanita itu adalah satu fitnah bagi lelaki.

“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” Hadith Riwayat Bukhari

Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya - ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.

Aurat wanita merupakan antara bahaya tersembunyi yang boleh MEROSAKKAN IMAN kaum lelaki secara halus, (hinggakan pak-pak Imam pun boleh jatuh tersungkur). Akibat dari wanita-wanita seksi dan tidak menutup aurat dengan betul lah maka wanita-wanita yang menutup aurat pun menjadi mangsa, kerana lelaki boleh membayangkan tubuh wanita hasil dari yang ditengok dari wanita-wanita seksi terutamanya yang menampakkan bentuk tubuh sebelum itu.

Sebab itu pernikahan betul-betul dianjurkan dalam Islam, iaitu untuk mengelakkan berlaku sumbang perbuatan terhadap kaum wanita. Kerana itu lelaki-lelaki yang belum kahwin akan terjejas juga bila melihat wanita-wanita seksi yang mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya. Ketahuilah, walaupun sedikit didedahkan, nafsu lelaki amat kuat magnetnya apa lagi jika wanita itu gebu, cantik dan seumpamanya.

Akibat selalu tertekan dengan melihat keadaan wanita seksi di mana-mana, maka lelaki-lelaki terutama yang lemah imannya dan yang belum lagi berkahwin akan mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan keji. Sehinggakan kepada wanita-wanita bertudung pun jadi mangsa kerana wanita-wanita itu mudah untuk dimakan oleh pemangsa yang telah dibrainwash secara tidak sedar oleh wanita-wanita yang tidak menjaga auratnya. Saya pernah tulis panjang lebar tentang hal aurat wanita ini dalam tulisan saya yang lepas.

Saya pun hairan, kerajaan tidak mengambil berat tentang wanita-wanita Muslim yang tidak menutup aurat dengan sebetulnya. Dalam Islam, jika seseorang wanita itu tidak menutup aurat di khalayak ramai, wanita itu boleh dihukum. Takut bunyi nya kan? Tetapi itulah yang terbaik dilakukan untuk mengelakkan terjadi kes ROGOL, ZINA, ANAK LUAR NIKAH, BUANG BAYI dan sebagainya. Sebelum terlambat, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan betul juga akan mendapat siksaan keras dan ada amaran bahawa mereka tidak akan memasuki syurga, na’uzubillah.

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dan ada satu lagi yang biasanya dilupakan dan terabai, iaitu berkenaan SUARA WANITA. Ini kerana biasanya wanita sangat suka memanja-manjakan suaranya dengan lelaki yang bukan muhrim yang mana ianya boleh merangsang nafsu seorang lelaki walaupun sedikit. Suara wanita bukanlah semuanya aurat, tetapi ia juga termasuk dalam aurat jika sekiranya berkata-kata dalam nada yang manja dan dapat merangsang nafsu syahwat lelaki, dan dalilnya adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud , “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Surah al-Ahzab : 32

Maka para wanita perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya dengan lelaki ajnabi. Bukan sahaja perlu berhati-hati dari mengumpat / menggossip, dan berkata-kata perkara buruk lain, tetapi juga berhati-hati agar tidak menjadi terlalu mendayu-dayu dan lemah-gemalai sehingga dapat merasangkan nafsu syahwat lelaki ajnabi secara tidak disedari.

..

Bacaan yang lebih bagus lagi dalam tulisan Ustaz Zaharuddin dalam topik Aurat : Apa sudah jadi?

..

Walaupun tulisan ini membicarakan tentang aurat kaum wanita, tetapi kaum lelaki jangan lah pula lupa bahawa kita juga ada aurat yang wajib ditutupi iaitu dari pusat hinggalah ke bahagian lutut. Dan wajib diingat bahawa ianya juga termasuklah jika seorang lelaki itu memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk anggota bahagian antara pusat dan lutut itu. Ini yang biasanya kurang diambil berat dan diabaikan oleh ramai lelaki.

Sememangnya jika semua wanita menutup dan menjaga auratnya dengan baik maka akan wujudlah suasana yang aman dan jauh dari zina dan rogol insyaAllah. Tanggungjawab menjaga dan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita, maka jika sebahagian wanita TIDAK MENUTUP aurat, maka kemungkinan besar juga wanita lain yang akan menjadi mangsa jenayah nanti. Ini kerana jika suatu BALA datang, ia tidak mengenal manusia baik atau jahat, semua akan menanggungnya. Maka sama-sama lah kita insafi dan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan perintah Tuhan ini .

Dan semoga para wanita dan lelaki menutup aurat dengan ikhlas dan kerana Allah, bukannya kerana takut dan malu kepada manusia semata-mata. Dan berhati-hatilah juga dengan Tabarruj yang berlebihan yang boleh dibincangkan dalam topik lain pula. Jika anda masih belum mengetahui apa itu Tabarruj, sila lah mencarinya di laman-laman web yang sepatutnya. Wallahu a’lam

Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Pepatah melayu lama ini sering ditanam di jiwa pelajar-pelajar sekolah. Ini agar pelajar tersebut belajar bersungguh-sungguh dan akan mendapat hasilnya ketika besar kelak.
.
Tetapi sayang, ada yang menghayatinya hanya sehingga dia tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang bagus sesuai dengan kelulusan yang dia ada. Maka selepas itu hidupnya hanyalah ditumpukan kepada hendak bersenang-senang kerana kononnya zaman dia bersakit-sakit sudah habis.
.
Kita lupa bahawa kita sebagai hamba Allah di dunia ini tidak boleh bersenang-senang dan bermewah-mewah sangat melainkan sekadar untuk memenuhi keperluan. Biasanya, apabila banyak bersenang-senang terutamanya bersenang-senang dengan maksiat, maka akan banyaklah susah di kemudian hari nanti.
.
Kerana itulah Nabi Muhammad S.a.w menggalakkan agar kita banyak menangis dan kurangkan ketawa. Bukannya tidak boleh ketawa langsung, tetapi berpada-pada lah.
.
Rasulullah S.a.w melihat Jibril menangis dan Rasulullah S.a.w turut menangis dan berkata: “Kenapa engkau sampai menangis juga wahai Jibril sedangkan kedudukanmu begitu rupa di sisi Allah?” berkata Jibril; “Kenapa aku tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui, dan saya tidak tahu apakah saya tidak mengalami cubaan sebagaimana yang dihadapi oleh Iblis, sedangkan Iblis itu termasuk golongan yang dahulunya beribadat tetapi menyeleweng, dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami sama seperti Harut dan Marut”. Maka menangislah Jibril dan menangislah Rasulullah S.a.w. Lama keduanya menangis, lalu kedengaran suara dari langit; “Hai jibril! Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak sampai derhaka”. Lalu Jibril naik ke atas dan Rasulullah S.a.w meneruskan perjalanan beliau sehingga bertemu orang-orang Ansar sedang bermain-main dan ketawa-ketawa. Lalu baginda berkata: “Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka Jahannam? Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tak akan makan dan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat yang tinggi untuk memohon perlindungan Allah”.
.
Bayangkanlah, Nabi Muhammad S.a.w walaupun telah dijamin oleh Allah S.w.t masuk syurga dan tidak akan masuk neraka pun tidak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan neraka. Ini kan pula kita yang masih tidak tahu apa kesudahannya nanti.
.
Maka dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk bersenang lenang dan bermewah-mewah sangat, ianya hanyalah tempat persinggahan sementara untuk menguji manusia siapa yang lebih baik amalnya. “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” Surah Al Ankabuut : Ayat 64
.
Pepatah “Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” itu sesuai kepada kita semua di dunia ini sebagai hamba Allah, bersenang-senang kemudian iaitu di Hari Akhirat.
Yang menjadi masalahnya ialah Sistem British / Illuminati dulu telah mengatur corak sistem pembelajaran kita. Yang berkelulusan tinggi bergaji besar. Sedangkan kita lupa, sebuah bangunan itu bukan sahaja dibina oleh kontraktor, tetapi dibina oleh pelbagai lapisan manusia yang kepakaran masing-masing.
.
Dari kuli hingga ke pengarah projek, semuanya berganding bahu. Maka apa relevannya dibeza-bezakan gaji dengan begitu jauh sekali, sedangkan semuanya bersusah payah dengan kaedah masing-masing? Sepatutnya hanya diberi pembahagian kerja dengan yang berkelulusan tinggi menjaga yang berkelulusan rendah, tetapi tidak semestinya yang berkelulusan tinggi itu patut diberi gaji yang jauh lebih banyak dari yang berkelulusan rendah.
.
Sistem yang diajar oleh British itu lah yang telah menyebabkan berlakunya perbezaan taraf ekonomi manusia. Yang kaya semakin kaya dan mewah, yang miskin semakin terdesak dan hidup susah. Sistem hidup manusia pun sudah tidak seimbang / balance lagi, maka ini boleh menimbulkan berlakunya pelbagai jenayah seperti rompakan, ragut, mencuri , pecah rumah dan sebagainya.
.
Kerana itu lah kebanyakan kita sudah lupa sejarah, lupa apa yang British lakukan pada kita semua dengan konsep ‘Divide and Rule’ mereka. Maka kita lahir hari ini dengan keadaan sebegini dan sudah menjadi biasa tanpa kita merasakan ada sesuatu yang tidak betul berlaku dalam masyarakat kita. Jika kita hanya pentingkan diri sendiri dan sudah hidup selesa sekarang, maka kita mungkin tidak akan dapat melihat dan menghayatinya.
.
British mengajar kita dalam tidak sedar, setelah kita mendapat kelulusan tinggi dan mendapat pekerjaan yang bergaji besar, kita merasakan bahawa segala harta yang kita cari itu adalah milik kita. Kita mula memandang rendah mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan menganggap kononnya itu kerana mereka dulunya malas belajar dan seumpamanya.
Maka semakin tinggilah jurang perbezaan pemikiran dan ekonomi manusia. Status dan darjat mula terhasil tanpa disedari. Kita semakin lupa bahawa harta pencarian kita itu adalah rezeki dari Allah bukan semata-mata agar kita dapat bersenang-lenang, tetapi di dalamnya ada tanggungjawab-tanggungjawab besar yang harus dipikul. Di dalam harta kita masih ada harta orang lain sebenarnya yang bermandi peluh bekerja untuk kita atau menjalankan projek kita.
.
Adakah kita merasa senang jika kita mempunyai banyak harta tetapi di sekeliling kita masih ramai mereka-mereka yang miskin dan kesempitan hidup? Atau adakah kita merasa senang hati jika kita sama-sama berkorban untuk menyenangkan orang-orang yang susah agar sama-sama senang seperti kita? Apa yang si kaya fikir agaknya ya, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri sebelum kita disoal kemudian hari nanti.

Lack of sleep linked to early death: study

LONDON (AFP) – People who get less than six hours sleep per night have an increased risk of dying prematurely, researchers said on Wednesday.

Those who slumbered for less than that amount of time were 12 percent more likely to die early, though researchers also found a link between sleeping more than nine hours and premature death.

"If you sleep little, you can develop diabetes, obesity, hypertension and high cholesterol," Francesco Cappuccio, who led research on the subject at Britain's University of Warwick, told AFP.

The study, conducted with the Federico II University in Naples, Italy, aggregated decade-long studies from around the world involving more than 1.3 million people and found "unequivocal evidence of the direct link" between lack of sleep and premature death.

"We think that the relation between little sleep and illness is due to a series of hormonal and metabolical mechanisms," Cappuccio said.

The findings of the study were published in the Sleep journal.

Cappuccio believes the duration of sleep is a public health issue and should be considered as a behavioural risk factor by doctors.

"Society pushes us to sleep less and less," Cappuccio said, adding that about 20 percent of the population in the United States and Britain sleeps less than five hours.

Sleeping less than six hours is "more common amongst full-time workers, suggesting that it may be due to societal pressures for longer working hours and more shift work"

The study also found a link between sleeping more than nine hours per night and premature death, but Cappuccio said oversleeping is more likely to be an effect of illness, rather than a cause.

"Doctors never ask how much one sleeps, but that could be an indicator that something is wrong," said Cappuccio, who heads the Sleep, Health and Society Programme at the University of Warwick.

Research showed no adverse effects for those sleeping between six and eight hours per day.